Putra Medical Centre (PMC) telah melaksanakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) melalui pemeriksaan asas kesihatan bagi meningkatkan kesedaran warga kerja terhadap kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat di persekitaran kerja.
Tarikh: 7 Februari 2026
Lokasi: Alliance Bank, Jalan Gangsa
Sepanjang program, peserta berpeluang menjalani pemeriksaan tekanan darah, paras glukosa dan Indeks Jisim Badan (BMI), membolehkan mereka memantau tahap kesihatan secara berterusan. Program ini turut dijayakan dengan sokongan kakitangan PMC yang berdedikasi, iaitu Encik Hazeem, SN Salee, SN Siti Siera Linda dan Encik Fauzan, yang menunjukkan komitmen tinggi serta semangat kerjasama sepanjang program berlangsung.
Inisiatif ini menegaskan komitmen PMC untuk terus memberi sumbangan positif kepada komuniti, sambil memperkukuh kesedaran kesihatan dan menggalakkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat.