TALIAN AM & TALIAN AMBULANS

+604 7342888
+601110523600
+601110523688

TALIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+60104551125

TALIAN KEMALANGAN & KECEMASAN

999

BM  |  English  |  华文

… kenapa memilih Putra Medical Centre

Putra Medical Centre – Pada tahun 1991, pengasas kami Dato’ Dr. Lim Kim Huat (“Dato Dr. Lim”) dan Yu Ching Hsiu telah membeli sebuah syarikat sendirian berhad yang bernama “Unique Luxury,” dengan niat untuk membina sebuah hospital. Ketika itu, Dato Dr. Lim mempunyai [17] tahun pengalaman sebagai doktor perubatan dan memiliki sebuah klinik swasta sendiri yang bernama Pusat Lim dan Yu selama 4 tahun. Klinik swasta itu sebelum ini terletak 20 B, Jalan Pintu Sepuluh 05100, Alor Setar.

Dato Dr. Lim merupakan orang utara Semenanjung Malaysia. Beliau berasal dari Ayer Hitam, Kedah dan telah menghabiskan zaman kanak-kanaknya berenang di sungai dengan menangkap ikan keli, mengembala haiwan, dan menyelam ke dalam sawah. Ini telah memberi peluang kepada beliau untuk memahami dan berhubung dengan pelbagai kaum dan budaya. Pada zaman dahulu, Kedah terkenal sebagai ‘mangkuk nasi’ Malaysia. Walaupun ia mempunyai banyak tanah dan sawah padi yang luas, namun kawasan luar bandar kekurangan kemudahan perubatan moden.

Semasa dalam tahun kedua pengajian universiti untuk menjadi doktor perubatan, Dato Dr. Lim menerima panggilan telefon dari rumah menyatakan bahawa ibunya telah disahkan menghidap kanser kolon. Dengan segera, beliau membatalkan semua rancangannya dan bergegas pulang ke rumah.

Pada bulan seterusnya, Dato Dr. Lim membawa ibunya, Chong Yeon menunggang motosikal ke Pulau Pinang dengan menggunakan Jalan Lama Ayer Hitam. Mereka melintasi Alor Janggus, melalui Alor Setar dan Simpang Empat, Jalan Lama. Walaupun perjalanan itu berdepan pelbagai risiko bahaya, namun mereka tiada pilihan. Meskipun digantung daripada universiti, Dato Dr. Lim meneruskan kehidupannya bekerja sambilan dan menemani ibunya untuk menerima rawatan perubatan – pembedahan dan kemoterapi. Pengalaman ini telah memberikan gambaran mengenai masa depan beliau.

Beberapa tahun kemudian, pengalaman peribadi ini memberi inspirasi kepadanya untuk menubuhkan sebuah pusat perubatan di tanah besar supaya rawatan perubatan awal disediakan kepada rakyat Kedah, dan mempunyai akses kepada kemudahan perubatan moden.

Ibu beliau pergi ke Pulau Pinang hanya untuk mendapatkan rawatan perubatan. Beberapa tahun kemudian, pengalaman peribadi ini memberi inspirasi kepadanya untuk membina sebuah pusat perubatan di Kedah.

Pada awalnya, pusat perubatan kami mula beroperasi dengan 2 pegawai perubatan, 8 pakar perunding dan 62 katil, menawarkan perkhidmatan kemalangan dan kecemasan, serta otorinolaringologi, pediatrik, obstetrik dan ginekologi, radiologi dan perkhidmatan pakar ortopedik. Hari ini pasukan perunding kami meningkat kepada 29 pakar perunding dan 18 perunding pakar pelawat.

Putra Medical Centre telah berkhidmat untuk komuniti tempatan Alor Setar dan sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah berkembang menjadi salah satu penyedia penjagaan kesihatan utama di Kedah dan wilayah Utara Semenanjung Malaysia. Pasukan kami yang terdiri daripada perunding, pakar perubatan dan jururawat telah menyediakan penjagaan kesihatan dan rawatan yang berkualiti. Selain itu, Putra Medical Centre juga menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kepakaran perubatan termasuk Anestesiologi, Kardiologi, Perkhidmatan Pergigian, Oftalmologi, Operasi Katarak, Obstetrik & Ginekologi, Pembedahan ENT, Pembedahan Am, Radiologi, Fisioterapi, Unit Bergantung Tinggi dengan Ventilator dan lain-lain.

Visi Kami

Putra Medical Centre bersemangat untuk menawarkan perkhidmatan yang terkemuka kepada masyarakat

Misi Kami

Putra Medical Centre komited untuk menyampaikan perkhidmatan kesihatan yang berkualiti melalui sumber manusia dan teknologi yang terkini.

Nilai Kami

Putra Medical Centre komited menawarkan perkhidmatan dengan bersikap profesional, tekun, dan prihatin.

Selain kemudahan perubatan yang canggih, berikut ialah ciri-ciri istimewa kami.

Kami bertimbang rasa, baik hati dan sentiasa memberi perhatian terhadap keperluan pesakit kami.

Patient’s Testimonial

Mira Ghazali

I delivered my second child here in 2021 through emergency cser. A very good experience for me despite all the eventful thing that occur as my child had fetal distress. Dr Kumar, the anaesthetist and labour room staff, ot staff are so efficient and know their roles. Everything happen so fast and smooth. In 6 minutes time after confirmed for emergency cser because deceleration of ctg, baby is out and crying. They do their job well there. The price is half from kmc. I am not someone who has high pain threshold, I went back thrice to Dr Kumar’s clinic and he attended to me all the time and escalate my pain killer at home. No charge for pre and post delivery clinic visit. We even plan for our next kids, we will still come to PMC again.

Ibnu Khalifah bin Ridzuwan al Halim

Pada pendapat saya, hospital swasta mampu milik utk rakyat Marhaen. Pernah bawak anak tgh malam sebab kena croup, jumpa dr dan ambil gas di kecemasan beserta ubat, dikenakan bayaran yg agak mampu bayar, maybe lebih murah daripada pergi ke klinik swasta pada waktu tgh malam. Juga pernah bawak isteri utk dapatkan konsultasi gynae, servis daripada Dato’ Dr Lim Tze Chou sangat professional dan terbaik!!

BL See

婦产科 Dr Lim Tze Chou 是我目前见过最斯文有礼,友善,专业而且又对病人很貼心的医生。感恩遇到如 此优秀的医生帮我做腹腔镜切除子宫和卵巢手术。手术用了大概3小时完成,一切顺顺利利,辛苦你了!

Daushh 26

Very good hospitality. Doctor did a very detailed check up for my child… ❤❤❤