Bapa Sihat, Ibu Bapa Hebat
Kuasa Tersembunyi Kesejahteraan Seorang Bapa dalam Kehidupan Berkeluarga
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Apabila kita membincangkan tentang keibubapaan, lazimnya imej seorang ibu yang penyayang akan terlintas di fikiran. Namun kini, semakin banyak kajian dan kisah kehidupan sebenar membuktikan bahawa bapa juga memainkan peranan penting dalam membesarkan anak-anak yang bahagia dan seimbang dari segi emosi. Dan semua ini bermula dengan satu perkara asas: kesihatan seorang ayah. Putra Medical Centre Alor Setar menghargai semua bapa atas sumbangan mereka dengan perkongsian nasihat dan panduan kesihatan kami.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
Dari taman permainan hingga ke meja makan, bapa yang sihat menentukan suasana untuk sebuah rumah tangga yang kukuh dan saling menyokong.
MENENTUKAN SUASANA DI RUMAH
Dari taman permainan hingga ke meja makan, bapa yang sihat menetapkan suasana untuk sebuah rumah tangga yang kukuh dan saling menyokong. Sama ada dalam mengurus tekanan, kekal aktif, atau mengambil langkah pencegahan kesihatan, apabila seorang bapa mengutamakan kesihatan dirinya, seluruh keluarga akan menerima manfaatnya. Lebih daripada itu, mereka memberikan teladan yang bermakna kepada anak-anak di bawah jagaan mereka tentang erti berpendirian teguh, bermotivasi, bersemangat, dan hidup sihat.
Teladan Melalui Tindakan
Anak-anak sentiasa memerhati dan menyerap segala tabiat serta kecenderungan yang wujud di persekitaran mereka. Seorang ayah yang menjaga pemakanan, kerap bersenam, dan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan bukan sekadar menjaga dirinya sendiri — dia sedang mengajar tabiat hidup sihat yang berkekalan. Dia menunjukkan kepada anak-anak bahawa kesihatan adalah keutamaan, bukan sesuatu yang dipandang ringan. Memandangkan kanak-kanak cenderung meniru orang dewasa penting dalam hidup mereka, amalan ini akan mudah diikuti dan meninggalkan kesan mendalam terhadap perkara yang penting dan bermanfaat dalam kehidupan mereka.
Menelusuri kisah Azlan (bukan nama sebenar), seorang guru berusia 38 tahun dan bapa kepada dua orang anak di Alor Setar. Tiga tahun lalu, bacaan tekanan darahnya yang hampir tinggi telah mendorongnya untuk melakukan perubahan dalam gaya hidup. Dia mula berjalan kaki pada waktu petang, menggantikan minuman bergula dengan air kosong, dan mula berjumpa doktor secara berkala. Apa yang pada mulanya merupakan keputusan peribadi, bertukar menjadi usaha sekeluarga. Anak-anaknya mula menyertai aktiviti berjalan kaki, isterinya mula memasak hidangan yang lebih sihat, dan bersama-sama, mereka bukan sahaja menjadi lebih sihat, malah lebih kuat sebagai satu keluarga.
Seorang ayah yang menjaga pemakanan, kerap bersenam, dan menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan menanam nilai murni dalam diri anak-anaknya.
Kesihatan Mental Juga Penting
Menjadi seorang ayah memang membahagiakan, tetapi juga mencabar. Waktu kerja yang panjang, tekanan kewangan, dan kurang tidur boleh memberi kesan kepada kesihatan diri. Justeru, keibubapaan yang sihat juga merangkumi kesejahteraan mental. Seorang ayah yang berkongsi emosinya secara terbuka, mencari sokongan apabila rasa terbeban, dan meluangkan masa untuk memulihkan diri sebenarnya sedang mewujudkan ruang emosi yang selamat untuk anak-anak melakukan perkara yang sama. Malah, kajian menunjukkan bahawa ayah yang terlibat dan menjaga kesihatan mental mereka boleh membantu mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan anak-anak serta menggalakkan daya tahan emosi.
Bapa Sihat, Keluarga Kuat
Berikut adalah beberapa cara bagaimana para bapa boleh menjadi teladan dalam keibubapaan yang sihat melalui tindakan dan semangat:
- Jadualkan pemeriksaan kesihatan secara berkala:
Kesihatan jantung, diabetes, dan kolesterol — semuanya perlu dipantau, terutamanya selepas usia 35 tahun.
- Tunjukkan contoh pemakanan seimbang:
Anak-anak yang melihat ayah mereka makan sayur-sayuran lebih cenderung untuk melakukannya juga.
- Aktif bersama-sama:
Jadikan senaman sebagai masa berkualiti, supaya usaha tersebut turut menjadi aktiviti merapatkan hubungan kekeluargaan.
- Normalkan kesihatan mental:
Galakkan perbualan terbuka dan jujur tentang tekanan serta kemahiran menangani emosi.
- Sentiasa hadir:
Seorang ayah yang sihat ialah ayah yang terlibat sepenuhnya — dari segi fizikal, emosi, mental dan psikologi.
PUTRA MEDICAL CENTRE SENTIASA BERSAMA PARA BAPA
Sama ada anda seorang bapa baharu atau membimbing remaja ke alam dewasa, kesihatan anda amat penting. Di PMC, kami menyediakan:
- Bimbingan pemakanan
- Saringan kesihatan jantung
- Perkhidmatan penjagaan kesihatan berfokuskan keluarga
- Pemeriksaan kesihatan lelaki yang menyeluruh
- Pengurusan tekanan dan sokongan kesihatan mental
Berilah kami peluang untuk menyokong anda menjadi versi diri anda yang paling sihat. Bapa yang kuat melahirkan keluarga yang kuat.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:
Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:
Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688
E-mel: pmc@putramedicentre.com.my
Laman Web: https://pmck.com.my
![]()
