Cabutan Bertuah 2025 Putra Medical Centre
Pada 25 & 26 Ogos 2025, Putra Medical Centre telah mengadakan Cabutan Bertuah tahunan sebagai tanda penghargaan kepada seluruh warga kerja daripada pengarah, pengurus, ketua jabatan sehinggalah ke barisan hadapan kakitangan yang sentiasa menjadi nadi syarikat.
Sepanjang dua hari ini, sebanyak 426 hadiah telah diagihkan sebagai simbol terima kasih kami atas dedikasi dan komitmen semua. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang bertuah! Setinggi-tinggi penghargaan kepada jawatankuasa penganjur serta seluruh warga kerja yang terlibat dalam menjayakan acara ini.
Bagi kami di Putra Medical Centre, cabutan bertuah bukan sekadar acara tahunan, tetapi lambang keprihatinan dan penghargaan syarikat terhadap setiap individu yang menyumbang kepada kejayaan organisasi ini.
Inisiatif kebajikan dan keterlibatan kakitangan akan sentiasa menjadi keutamaan kami dan ini membuktikan bahawa di sebalik setiap tugasan dan cabaran, kita tetap satu keluarga besar yang diraikan bersama. Semoga semangat ini terus menjadi inspirasi untuk kejayaan yang lebih gemilang di masa hadapan.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:
Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:
Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688
E-mel: pmc@putramedicentre.com.my
Laman Web: https://pmck.com.my
![]()
