Suasana di Dataran Masjid Zahir terasa cukup istimewa apabila Putra Medical Centre (PMC) berpeluang berbuka puasa bersama rakyat. Majlis ini bertambah bermakna dengan keberangkatan DYTM Tengku Sarafudin Badlishah, Tuanku Raja Muda Kedah dan DYTM Che Puan Muda Zaheeda, Tuanku Raja Puan Muda Kedah, serta anakanda YTM Tunku Sulaiman Badlishah, sekali gus menyerikan suasana Ramadan yang penuh keberkatan serta mengeratkan semangat kebersamaan antara PMC dan masyarakat.
Sebagai tanda keprihatinan terhadap komuniti, PMC turut menyediakan saringan kesihatan asas percuma kepada pengunjung di samping perkongsian tip kesihatan ringkas bagi membantu orang ramai menjalani ibadah puasa dengan lebih sihat dan selesa.
Kehadiran barisan pengurusan PMC yang diketuai oleh Dato’ Dr. Lim Tze Chou, Datin Dr. Lim Hui Ling, Dr. Lim Tze Chwen serta Encik Alwi Mulyadi mencerminkan komitmen berterusan PMC dalam menyokong kesejahteraan masyarakat.
Terima kasih kepada semua yang singgah ke kaunter PMC. Semoga Ramadan ini membawa keberkatan, kesihatan dan kesejahteraan buat seluruh masyarakat.