Pada 11 September 2025, Putra Medical Centre (PMC) dengan sukacitanya telah melaksanakan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dengan kerjasama E-Idaman Sdn. Bhd.. Program ini memberi tumpuan kepada usaha meningkatkan kesedaran kesihatan dalam kalangan warga kerja E-Idaman dan telah mendapat sambutan yang amat baik.
Acara tersebut turut menampilkan sesi perkongsian kesihatan oleh Dr. Teh Ya Loon, Pakar Bedah Am di PMC, yang membincangkan mengenai Kanser Kolorektal, iaitu antara jenis kanser yang paling lazim di Malaysia.