Aktiviti Gotong-Royong Bulanan Putra Medical Centre (PMC) telah berlangsung dengan jayanya dengan penglibatan padu daripada warga kerja PMC, melibatkan kawasan Tempat Letak Kenderaan 1 dan Tempat Letak Kenderaan 2.
Program ini bukan sahaja membantu memastikan persekitaran hospital sentiasa bersih dan selesa, malah turut mengeratkan hubungan serta semangat kerjasama dalam kalangan kakitangan.
Terima kasih kepada semua warga PMC yang terlibat atas usaha dan komitmen yang diberikan. Bersama-sama, kita terus jaga persekitaran kerja yang positif dan harmoni.