TALIAN AM & AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

KEMALANGAN & PERUBATAN KECEMASAN

999

BM  |  EN  |  华文

Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

26 February 2026

Program ini menampilkan sesi ceramah kesihatan bertajuk “Pencegahan Awal Serangan Jantung” yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Anuar, Pakar Perunding Perubatan & Pakar Kardiologi Intervensi Putra Medical Centre. Dalam sesi perkongsian tersebut, beliau menekankan kepentingan mengenal pasti serta mengawal faktor risiko utama penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi, obesiti, tabiat merokok dan gaya hidup tidak aktif. Kepentingan menjalani saringan kesihatan secara berkala serta mendapatkan rawatan awal turut diberi penekanan bagi mengurangkan risiko komplikasi yang serius.

Selain ceramah kesihatan, para peserta turut berpeluang menjalani pemeriksaan asas kesihatan percuma sebagai langkah awal pemantauan tahap kesihatan masing-masing. Program ini dijayakan dengan sokongan dari kakitangan PMC antaranya Encik Henry Low, Cik Asikin dan Cik Maziah.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Putra Medical Centre dalam memperkukuh kesedaran kesihatan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti selaras dengan peranan PMC sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan yang prihatin dan bertanggungjawab.

Loading