Sebagai sebahagian daripada komitmen berterusan terhadap tanggungjawab sosial korporat (CSR), Putra Medical Centre (PMC) telah menyediakan perkhidmatan sokongan kecemasan semasa Karnival Silang Budaya 2.0 yang dianjurkan oleh Sekolah Kebangsaan Seberang Perak pada 6 Februari 2026.
Program yang bermula pada jam 8.00 pagi ini menghimpunkan pelajar dan peserta daripada pelbagai latar belakang budaya dengan objektif memupuk semangat perpaduan, persefahaman dan kerjasama dalam kalangan komuniti melalui pelbagai aktiviti silang budaya.
Penglibatan PMC dalam inisiatif ini menzahirkan komitmen organisasi khususnya dalam memastikan keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan komuniti setempat. Pasukan perubatan PMC sentiasa bersedia sepanjang program berlangsung bagi memberikan sokongan kecemasan sekiranya diperlukan.
Inisiatif ini selaras dengan nilai teras PMC sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan yang bertanggungjawab dan rakan strategik komuniti di samping memperkukuh peranan organisasi dalam menyokong kesejahteraan masyarakat melalui penglibatan aktif dan berterusan dalam program kemasyarakatan.