TALIAN AM & AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

KEMALANGAN & PERUBATAN KECEMASAN

999

BM  |  EN  |  华文

Kongsi Kegembiraan Aidilfitri Bersama Pesakit

16 March 2026

Menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang penuh makna, warga Putra Medical Centre mengambil sedikit masa untuk berkongsi kegembiraan bersama mereka yang masih berada di hospital.

Sebagai tanda keprihatinan dan kasih sayang, Putra Medical Centre telah mengagihkan cenderahati Aidilfitri kepada para pesakit dengan harapan ia dapat membawa sedikit keceriaan dan senyuman di saat mereka menjalani rawatan.

Setiap cenderahati mungkin kecil nilainya, namun ia disampaikan dengan penuh keikhlasan sebagai tanda bahawa mereka tidak bersendirian. Di sebalik rawatan dan penjagaan yang diberikan setiap hari, kami juga ingin memastikan para pesakit merasai sokongan dan semangat kekeluargaan, lebih-lebih lagi ketika musim perayaan yang begitu bermakna.

Di Putra Medical Centre, kami percaya bahawa penjagaan kesihatan bukan sekadar tentang rawatan perubatan, tetapi juga tentang sentuhan kemanusiaan, empati, perhatian dan sokongan yang berterusan.

Semoga pemberian kecil ini mampu membawa sedikit kegembiraan, ketenangan dan harapan buat para pesakit.

Loading