Latihan Keselamatan Kebakaran Putra Medical Centre 2025
Putra Medical Centre baru-baru ini telah melaksanakan latihan kebakaran berskala besar pada hari Selasa, 29 Julai 2025, dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kedah. Latihan menyeluruh ini melibatkan semua warga kerja PMC dan disusuli dengan simulasi kecemasan realistik, termasuk mangsa yang cedera, operasi menyelamat melalui tingkap menggunakan kren, serta senario kecemasan dramatik yang intensif.
Objektif utama latihan ini adalah untuk memperkukuh tahap kesiapsiagaan dan kecekapan semua kakitangan dalam menghadapi situasi kecemasan sebenar.
![]()
