Putra Medical Centre (PMC) dengan kerjasama MADA Rice Training Center (MRTC) telah mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat dan Ceramah Kesihatan pada 8 Disember 2025.
Program berlangsung dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari dan merangkumi pemeriksaan kesihatan asas termasuk pemeriksaan gula, tekanan darah, dan BMI. Peserta juga mendapat manfaat daripada ceramah bertajuk “Pencegahan Serangan Jantung” yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Anuar, Pakar Perubatan dan Pakar Kardiologi Intervensi, bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan jantung.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada komitmen PMC dan MADA untuk memperkukuh kesihatan komuniti dan mempromosikan gaya hidup sihat.