Majlis Makan Malam Tahunan 30 Tahun PMC
Pada 23 Julai 2025, Putra Medical Centre telah menganjurkan Majlis Makan Malam gilang-gemilang bagi meraikan ulang tahun ke-30 di Kelab Diraja Kedah, Alor Setar. Majlis penuh bermakna ini turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al-Aminul Karim Sultan Sallehuddin, dan Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, yang kehadiran baginda berdua telah menambahkan lagi kemuliaan acara tersebut.
Selama lebih tiga dekad berkhidmat dalam industri penjagaan kesihatan, PMC kekal teguh dalam memberikan sumbangan yang signifikan kepada masyarakat. Malam penuh nostalgia ini menjadi simbol penghargaan kepada semua warga kerja yang telah bersama-sama membina serta memperkukuh nama PMC sehingga mencapai kedudukannya pada hari ini.
![]()
