Majlis Pelancaran Buku “Never Fully Invest At All Times”
Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati menyantuni Majlis Pelancaran Buku “Never Fully Invest At All Times” serta Pelancaran Tahun Bisnes Koperasi ANGKASA Perlis 2026 yang disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Negeri Perlis. Acara berprestij ini dianjurkan secara kolaboratif oleh Yayasan Keusahawanan Sosial (YKS), Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) dan ANGKASA Negeri Perlis bertujuan memperkukuhkan semangat keusahawanan, memacu inovasi serta memupuk kerjasama strategik dalam ekosistem perniagaan tempatan. Majlis telah berlangsung pada 03 Disember 2025 (Rabu) mulai pukul 8.45 pagi di Elissa Hotel, Kangar.
PMC menghargai peluang untuk terlibat dalam acara berprofil tinggi ini sejajar dengan komitmen kami dalam menyokong pembangunan komuniti serta memperkasakan kepimpinan dan inovasi dalam sektor korporat. Acara ini juga menjadi platform bagi PMC untuk berinteraksi dengan pemimpin industri, memperluas jaringan strategik dan memperkukuhkan peranan kami dalam memacu ekonomi serta keusahawanan tempatan.
Penyertaan PMC dalam majlis ini menegaskan komitmen kami untuk terus menjadi rakan strategik dalam memajukan keusahawanan, memperkasakan inovasi dan menyokong pertumbuhan komuniti perniagaan tempatan secara berterusan.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:
Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:
Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688
E-mel: pmc@putramedicentre.com.my
Laman Web: https://pmck.com.my
![]()
