Putra Medical Centre Kedah berbesar hati menyertai Majlis Penyerahan Sumbangan kepada Mangsa Banjir yang berlangsung pada 7 Disember 2025 (Ahad) di Dewan South Kedah Chinese Recreation Club (CRC) Kulim. Penyertaan ini mencerminkan komitmen PMC dalam mendukung usaha kemasyarakatan serta keprihatinan terhadap komuniti yang terjejas.
Sebagai sebahagian daripada inisiatif tanggungjawab sosial korporat, Putra Medical Centre telah menyalurkan sumbangan bagi membantu meringankan beban mangsa banjir dan menyokong proses pemulihan mereka. Usaha ini turut melambangkan peranan PMC sebagai rakan strategik yang sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat.
Majlis ini diakhiri dengan sesi penyampaian cenderamata dan sesi bergambar sebagai tanda penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan program berkenaan.
Putra Medical Centre akan terus komited memperkukuh peranan dalam menyokong inisiatif komuniti dan memastikan bantuan yang disalurkan memberi impak positif kepada masyarakat.