Putra Medical Centre berkesempatan mengadakan Program CSR Kesihatan di Masjid Al-Maarif, Pokok Sena. Aktiviti ini memberi peluang kepada komuniti setempat untuk menjalani pemeriksaan kesihatan percuma, termasuk tekanan darah, gula dalam darah, dan kolesterol.
Kami amat gembira dapat berjumpa dan berinteraksi dengan penduduk setempat, sambil membantu mereka memantau kesihatan dengan lebih mudah. Program sebegini bukan sahaja meningkatkan kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga kesihatan, tetapi juga mengeratkan hubungan antara komuniti dan Putra Medical Centre.
Terima kasih kepada semua yang hadir dan menyokong program ini. Mari kita terus sama-sama menjaga kesihatan kerana kesejahteraan anda adalah keutamaan kami.