TALIAN AM & AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

KEMALANGAN & PERUBATAN KECEMASAN

999

BM  |  EN  |  华文

Mencegah Hepatitis Melalui Kesedaran

September 2025

Ilmu. Kefahaman. Tindakan. Penyembuhan.

Bayangkan anda bangun tidur dengan rasa lebih letih daripada biasa, hilang selera makan, serta melihat perubahan warna kekuningan pada kulit anda. Ini mungkin tanda bahawa hati anda sedang berdepan masalah hepatitis. Hepatitis ialah keradangan pada hati yang berpunca daripada jangkitan virus (Hepatitis A, B, C, D dan E) atau pengambilan alkohol secara berlebihan. Dr. Chew Chang Eek, Pakar Perunding Perubatan Dalaman di Putra Medical Centre, telah memberikan penerangan menyeluruh mengenai topik ini dengan menekankan kepentingan memahami punca-punca serta implikasi jangka panjang hepatitis. Sertai Putra Medical Centre dalam usaha memerangi penyakit ini dengan memainkan peranan anda dalam meningkatkan kesedaran.

Dr. Chew Chang Eek berkongsi pandangan mengenai Hepatitis Virus dan Punca-Puncanya

Bayangkan anda bangun tidur dengan rasa lebih letih daripada biasa, selera makan semakin berkurangan, serta melihat warna kekuningan pada mata anda. Tanda-tanda ini mungkin menunjukkan bahawa anda menghidap hepatitis, iaitu keradangan pada hati. Sertailah Putra Medical Centre dalam usaha memerangi penyakit ini dengan memainkan peranan anda dalam meningkatkan kesedaran di kalangan keluarga, rakan-rakan, dan komuniti anda.

PUNCA DAN FAKTOR RISIKO HEPATITIS

Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan hepatitis. Antara punca lazim yang dikenal pasti ialah jangkitan terus daripada virus seperti Hepatitis A, B, C, D dan E, serta bakteria tertentu seperti E. coli, Klebsiella dan Salmonella. Jangkitan biasa yang berlaku dalam komuniti tempatan seperti denggi atau leptospirosis juga boleh menyebabkan hepatitis. Jangkitan hati daripada parasit juga berkemungkinan berlaku, namun kurang lazim, contohnya malaria dan ameba.

Hepatitis Virus lazimnya merebak melalui tingkah laku berisiko tinggi seperti hubungan seksual tanpa perlindungan dengan berbilang pasangan, perkongsian jarum dalam kalangan penagih dadah, serta amalan penjagaan kesihatan yang tidak selamat (Hepatitis B dan C). Selain itu, ia juga boleh merebak melalui pengambilan makanan atau air yang tercemar (Hepatitis A dan E).

Di Malaysia, hepatitis lazimnya merebak melalui makanan atau air yang tercemar, hubungan rapat secara langsung serta amalan penjagaan kesihatan yang tidak selamat. Tabiat seperti pengendalian makanan yang tidak betul, perkongsian jarum untuk penyalahgunaan dadah, dan hubungan seksual tanpa perlindungan secara signifikan meningkatkan risiko jangkitan hepatitis.

Selain itu, pilihan gaya hidup tertentu seperti pengambilan alkohol secara berlebihan dan kronik juga boleh menyebabkan kerosakan hati serta hepatitis. Ubat-ubatan tertentu sama ada yang dipreskripsikan bagi tujuan rawatan sesuatu penyakit, mahupun dalam bentuk suplemen tidak berdaftar, sesetengah ubatan herba serta bahan terlarang juga diketahui boleh menyebabkan hepatitis.

Seiring dengan peningkatan kadar rakyat Malaysia yang mengalami masalah berat badan berlebihan dan obesiti serta peningkatan prevalens diabetes mellitus di negara ini, satu lagi punca hepatitis yang semakin meningkat ialah hati berlemak yang juga dikenali sebagai Metabolic dysfunction-Associated Fatty Liver Disease (MAFLD) atau Metabolic dysfunction-Associated Steatohepatitis (MASH).

Punca hepatitis yang kurang lazim termasuklah ketumbuhan yang menjejaskan hati secara langsung atau tidak langsung serta keadaan autoimun.

Selain itu, pilihan gaya hidup seperti pengambilan alkohol secara berlebihan turut menjadi faktor penyumbang kepada kerosakan hati dan hepatitis. Gejala yang dialami merangkumi keletihan, jaundis (kekuningan pada kulit dan mata), atau dalam kes yang lebih serius, kegagalan hati.

Hari Hepatitis Sedunia pada 28 Julai merupakan satu peringatan penting tentang mengapa perjuangan menentang penyakit ini adalah sangat mustahak.

Gejala hepatitis boleh merangkumi: demam, rasa tidak sihat, keletihan, hilang selera makan, loya, muntah, sakit perut, kembung perut, mudah lebam pada kulit, kekuningan pada kulit atau mata serta perubahan warna air kencing menjadi lebih gelap. Namun, dalam banyak kes, pesakit tidak menunjukkan sebarang gejala (asimptomatik) dan hepatitis hanya dikesan secara kebetulan semasa ujian darah rutin atau pemeriksaan kesihatan.

Kelaziman dan Kesan Terhadap Rakyat Malaysia

Secara global, berjuta-juta orang terjejas oleh hepatitis setiap tahun. Di Malaysia pula, penyakit ini kekal sebagai isu kesihatan awam yang signifikan. Menurut statistik terkini, hepatitis menjejaskan penduduk tempatan merentasi semua latar belakang sosioekonomi dan kumpulan umur, dengan tahap akses kepada perkhidmatan kesihatan serta langkah pencegahan yang berbeza-beza turut mempengaruhi kadar kelazimannya di negara ini.

Pengesanan dan Diagnosis Melalui PMC

Pengesanan awal hepatitis adalah sangat penting bagi memastikan pengurusan yang berkesan serta pencegahan daripada berlakunya komplikasi. Di Putra Medical Centre, pakar Perubatan Dalaman kami menekankan kepentingan menjalani saringan kesihatan secara berkala serta ujian diagnostik, khususnya bagi individu yang berisiko tinggi.

Hepatitis boleh berlaku tanpa gejala pada peringkat awal,” jelas seorang doktor. Beliau menambah: “Oleh itu, lawatan berkala dan konsisten kepada pakar perunding pilihan anda adalah amat penting. Semasa sesi konsultasi, pakar akan menjalankan pengambilan sejarah perubatan yang terperinci bagi menilai profil risiko hepatitis anda serta melakukan pemeriksaan fizikal sebelum mencadangkan ujian darah yang berkaitan, termasuk ujian fungsi hati dan ujian lain yang berkaitan, disertakan dengan pengimejan abdomen sekiranya diperlukan. Langkah-langkah ini adalah penting untuk mengesan hepatitis pada peringkat awal dan mencegah kerosakan hati yang kekal.

Rawatan di Putra Medical Centre merangkumi penggunaan ubat antivirus, kaunseling pemakanan, serta penjagaan pesakit.

Penjagaan dan Intervensi Komprehensif

Hospital ini menyediakan pilihan rawatan yang menyeluruh serta disesuaikan mengikut keperluan setiap pesakit. Rawatan hepatitis bergantung secara besar kepada punca penyebabnya. Hepatitis yang berpunca daripada jangkitan memerlukan rawatan khusus terhadap agen penyebab jangkitan tersebut. Bagi hepatitis virus, rawatan tersedia untuk Hepatitis B dan C. Manakala Hepatitis A dan E bersifat sementara dan biasanya dirawat secara simptomatik serta sokongan sehingga jangkitan pulih dengan sendirinya. Aspek penting lain dalam pengurusan jangkitan hepatitis virus termasuklah vaksinasi bagi virus Hepatitis A dan B, pengubahsuaian gaya hidup, kaunseling pemakanan, serta penggunaan ubat-ubatan untuk menyokong kesihatan hati. Sementara itu, hepatitis yang berpunca daripada masalah metabolik memerlukan fokus lebih mendalam terhadap kawalan isu metabolik seperti pengawalan diabetes, tahap kolesterol, penambahbaikan gaya hidup serta pengurusan berat badan berlebihan. Pasukan pelbagai disiplin kami memastikan penjagaan holistik, yang bukan sahaja menumpukan kepada rawatan perubatan, tetapi juga menyokong aspek emosi dan penyesuaian gaya hidup pesakit.

Kesan Emosi dan Pilihan Gaya Hidup

Menghadapi hepatitis boleh memberi kesan emosi dan sosial yang besar. Di Putra Medical Centre, kami menyediakan perkhidmatan kaunseling serta penubuhan kumpulan sokongan bagi membantu pesakit dan keluarga mereka mengharungi cabaran hidup dengan hepatitis. Daripada mengurus kesan sampingan rawatan hinggalah menangani stigma, tujuan utama kami adalah untuk memperkasakan setiap pesakit agar dapat menjalani kehidupan yang bermakna sebagai penyintas dan pendukung kesedaran.

Sudah tiba masanya untuk melindungi kesihatan hati anda dengan mengambil langkah proaktif. Hubungi pasukan kami untuk menetapkan janji temu rundingan atau saringan khusus. Pengesanan awal mampu menyelamatkan nyawa dan memastikan hasil rawatan yang lebih baik bagi pesakit hepatitis.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:

Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:

Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688

E-mel: pmc@putramedicentre.com.my

Laman Web: https://pmck.com.my