TALIAN AM & AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

KEMALANGAN & PERUBATAN KECEMASAN

999

BM  |  EN  |  华文

Pakar ENT Dr. Ahmad Hafiz Ali Berkongsi Mengenai Masalah Berdengkur, Vertigo, dan Resdung

August 2025

Ia mungkin bermula dengan hidung tersumbat, rasa pening, atau berdengkur kuat pada waktu malam — gejala yang sering dipandang ringan oleh ramai rakyat Malaysia. Namun, jika tidak dirawat, masalah berkaitan telinga, hidung dan tekak (ENT) seperti sinusitis kronik, berdengkur, dan vertigo boleh menjejaskan kualiti hidup seseorang dengan ketara. Mujurlah, dalam bidang penjagaan kesihatan, terdapat penyelesaian yang berkesan — dan sebenarnya lebih dekat daripada yang disangka. Dalam segmen khas ini, Pakar ENT dari Pusat Perubatan Putra, Dr. Ahmad Hafiz Ali, berkongsi pandangannya.

Dr. Ahmad Hafiz Ali ialah Pakar Perunding Otorinolaringologi (ENT) dan Pakar Bedah Kepala dan Leher di Putra Medical Centre (PMC)

MEMARTABATKAN PENJAGAAN ENT DENGAN MATLAMAT YANG JELAS

Sebagai Pakar Perunding ResidenOtorinolaringologi dan Pakar Bedah Kepala dan Leher di Putra Medical Centre Alor Setar, Kedah, Dr. Ahmad Hafiz Ali merupakan nama yang dipercayai dalam merawat pelbagai masalah telinga, hidung, dan tekak—sama ada yang biasa mahupun yang kompleks. Dikenali dengan pendekatan profesional, komunikasi yang jelas serta penekanan utama terhadap keselesaan pesakit, beliau membawa kepakaran dan teknologi ENT yang canggih untuk dinikmati oleh masyarakat di negeri Kedah.

Sebilangan besar masalah berkaitan telinga, hidung dan tekak boleh dirawat pada peringkat awal sekiranya didiagnosis dengan tepat. Saya tidak berpegang kepada prinsip merawat simptom semata-mata. Sebaliknya, mengenal pasti punca utama sesuatu masalah adalah keutamaan. Apabila sesuatu masalah ENT ditangani melalui pendekatan diagnosis yang terarah dan berasaskan tujuan yang jelas, pesakit mempunyai peluang untuk mendapatkan semula keseimbangan dan keselesaan dalam kehidupan harian mereka. Maka, mengapa tidak usaha ini dilaksanakan demi kesejahteraan pesakit?” jelas Dr. Ahmad.

Lebih Daripada Sekadar Gangguan di Hidung

Doktor yang berpengalaman luas ini sering merawat pesakit yang mengalami pelbagai masalah seperti berikut, di mana kesukaran yang mereka hadapi sering berlanjutan — terutamanya dalam kes yang kurang difahami atau tidak didiagnosis dengan tepat:

  • Sinusitis Kronik: Keadaan ini melibatkan keradangan berpanjangan pada rongga sinus, yang menyebabkan hidung tersumbat, kesakitan pada wajah, lelehan lendir ke tekak (post-nasal drip), serta jangkitan yang kerap berulang. Jika tidak didiagnosis atau dirawat dengan betul, ia boleh menjejaskan pernafasan, kualiti tidur, serta tahap tumpuan seseorang di tempat kerja atau sekolah. Lebih membimbangkan, sakit kepala yang berulang boleh menjadi satu cabaran yang berterusan.
  • Berdengkur dan Apnea Tidur: Berdengkur mungkin kelihatan tidak berbahaya, namun ia boleh menjadi petanda kepada apnea tidur obstruktif — keadaan di mana pernafasan terhenti berulang kali semasa tidur. Ini boleh menyebabkan keletihan berpanjangan, kesukaran untuk menumpukan perhatian, dan meningkatkan risiko penyakit jantung. Penilaian awal amat penting bagi mengenal pasti sama ada masalah berpunca daripada saluran hidung yang tersumbat, struktur tekak, atau faktor lain yang mendasarinya.
  • Vertigo (Gangguan Keseimbangan): Vertigo digambarkan sebagai satu sensasi berpusing atau ketidakseimbangan, dan lazimnya berpunca daripada masalah di bahagian telinga dalam. Ia boleh dicetuskan oleh pergerakan tertentu, jangkitan, atau keadaan seperti Benign Paroxysmal Positional Vertigo (BPPV). Walaupun keadaan ini boleh mendatangkan keresahan kepada pesakit, ia sebenarnya boleh dikawal dengan diagnosis yang tepat dan rawatan yang disasarkan.

Berdengkur mungkin merupakan petanda kepada apnea tidur obstruktif, iaitu keadaan di mana pernafasan terhenti berulang kali semasa tidur.

Diagnosis dan Pilihan Rawatan

Putra Medical Centre komited dalam membantu para pesakit mendapatkan penawar kepada penyakit mereka, serta membimbing setiap individu melalui pelan rawatan yang berkesan. Lebih daripada sekadar pemberian ubat, PMC merupakan penyedia penjagaan kesihatan yang berdedikasi untuk meningkatkan kualiti hidup dan mendorong hasil rawatan yang positif. Jabatan Otorinolaringologi di PMC Alor Setar telah menyediakan pelbagai perkhidmatan dan kemudahan sebagai sokongan terhadap misi ini.

Bagi pesakit apnea tidur yang mengalami masalah berdengkur, sesi konsultasi terperinci akan diikuti dengan pemeriksaan fizikal, dan kajian tidur (polysomnografi) jika perlu, bagi menilai gangguan pernafasan semasa tidur. Pilihan rawatan merangkumi pengurusan berat badan, pembedahan hidung, penggunaan alat CPAP (Continuous Positive Airway Pressure), serta prosedur untuk membersihkan halangan pada saluran pernafasan.

Sementara itu, bagi diagnosis sinusitis kronik, prosedur seperti endoskopi hidung akan dijalankan untuk melihat keadaan dalam rongga sinus, dan dalam sesetengah kes, imbasan CT mungkin diperlukan. Pilihan rawatan merangkumi penggunaan semburan hidung dan antibiotik—atau jika keadaan lebih serius, pembedahan Functional Endoscopic Sinus Surgery (FESS), iaitu kaedah invasif minimum untuk membuka dan mengalirkan sinus yang tersumbat. Bagi vertigo pula, puncanya dikenal pasti melalui ujian keseimbangan dan penilaian pendengaran. Rawatan melibatkan terapi pemulihan vestibular, ubat-ubatan, atau teknik penyesuaian semula seperti manuver Epley.

MENGAPA MEMILIH PMC UNTUK KEPERLUAN PENJAGAAN KESIHATAN ANDA

Berdengkur yang mengganggu tidur, sakit sinus yang berterusan, dan rasa pening yang menjejaskan keselamatan anda bukanlah sekadar gangguan biasa. Semua ini adalah petanda jelas bahawa tubuh anda memerlukan perhatian. Jangan abaikan simptom-simptom ini. Sebaliknya, ambillah tindakan segera. Sebagai langkah permulaan, buatlah janji temu bersama Dr. Ahmad Hafiz Ali di Putra Medical Centre (PMC).

Dengan penilaian yang tepat dan terapi yang sesuai, pesakit yang mengalami masalah vertigo atau resdung boleh mendapat kelegaan yang ketara dan kembali menjalani rutin harian seperti biasa. Gangguan di sekolah, tempat kerja atau aktiviti harian tidak seharusnya menjadi kebiasaan. Menikmati ketenangan fikiran, fokus terhadap tugasan, dan tidur malam yang lena adalah hak setiap individu. Berikan diri anda hadiah ini tahun ini, dan lihat bagaimana kehidupan anda berubah. Sama ada sekadar sumbatan kecil mahupun gangguan keseimbangan yang serius, PMC komited untuk memberikan anda rawatan yang penuh belas ihsan, jelas dan berkesan,” nasihat Dr. Ahmad.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:

Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:

Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688

E-mel: pmc@putramedicentre.com.my

Laman Web: https://pmck.com.my

Loading