Panduan Pengambilan Ubat dengan Selamat Semasa Berpuasa
Selepas menjalani ibadah puasa selama sebulan, ada individu yang meneruskan amalan berpuasa sunat di bulan Syawal. Dalam keadaan ini, pengurusan kesihatan dan pengambilan ubat perlu diberi perhatian, terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik atau sedang menjalani rawatan perubatan.

Menurut Dr. Chew Chang Eek, Pakar Perunding Perubatan Dalaman di Putra Medical Centre, Alor Setar, ramai pesakitnya menghadapi cabaran yang sama dalam menyesuaikan pengambilan ubat ketika berpuasa. Beliau menekankan kepentingan mendapatkan pandangan doktor sebelum berpuasa bagi memastikan rawatan dapat diteruskan dengan selamat. Dr. Chew juga menasihatkan agar pesakit tidak menghentikan ubat atau mengubah dos secara sendiri, kerana tindakan ini boleh menjejaskan kesihatan. Dengan perancangan yang betul, jadual pengambilan ubat boleh disesuaikan agar rawatan tetap berkesan tanpa mengganggu amalan berpuasa.
Panduan Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa
Bagi individu yang sedang menjalani rawatan perubatan, termasuk pesakit diabetes, pengurusan ubat perlu dilakukan dengan baik agar kesihatan tidak terjejas. Berikut adalah beberapa panduan penting:
- Penyesuaian Waktu Pengambilan Ubat – Ubat boleh diambil sewaktu makan, seperti ketika bersahur dan berbuka. Doktor akan membantu menyesuaikan jadual serta dos ubat mengikut keperluan pesakit.
- Pemantauan Kesihatan – Ramai pesakit menghadapi masalah ketidakseimbangan tahap gula dalam darah semasa berpuasa. Oleh itu, pemantauan berkala amat penting, terutama bagi pesakit diabetes. Jika tahap gula menjadi terlalu rendah atau tinggi, langkah sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan komplikasi. Sila dapatkan nasihat doctor berkenaan waktu yang sesuai untuk pemantauan tahap gula.
- Rujuk Pakar Perubatan – Jangan sesekali menghentikan atau mengubah dos ubat tanpa nasihat doktor. Pemeriksaan dan konsultasi dengan doktor dapat membantu memastikan rawatan berjalan lancar walaupun ketika berpuasa dan mengurangkan risiko komplikasi semasa berpuasa seperti hypoglycaemia (gula rendah) atau ketoacisdosis (gula terlampau tinggi serta darah berasid) yang boleh membahayakan nyawa.
Dengan perancangan yang betul dan pemantauan kesihatan yang rapi, individu yang ingin berpuasa sunat dapat meneruskan amalan ini tanpa menjejaskan kesihatan mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:
Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:
Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688
E-mel: pmc@putramedicentre.com.my
Laman Web: https://pmck.com.my