Putra Medical Centre (PMC) berkolaborasi bersama Persatuan Akhlak Ji Xian Ge, Kubang Pasu dalam Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
Sepanjang program, pasukan PMC menyediakan pemeriksaan tekanan darah, paras glukosa dan indeks jisim badan (BMI), manakala pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengendalikan aktiviti derma darah, pendaftaran penderma organ serta kaunter farmasi “Kenali Ubat Anda”.