TALIAN AM & AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

KEMALANGAN & PERUBATAN KECEMASAN

999

BM  |  EN  |  华文

Program Hari Tanpa Kenderaan Alor Setar

8 May 2026

Putra Medical Centre (PMC) dengan penuh rasa teruja telah menyertai program komuniti Hari Tanpa Kenderaan Alor Setar yang berlangsung di Dataran Medan Bandar, Alor Setar. Seawal pagi, suasana sudah meriah dengan kehadiran orang ramai yang mengambil peluang menikmati hujung minggu sambil menjaga kesihatan dan PMC turut sama menjadi sebahagian daripada pengalaman tersebut.

Sepanjang program ini, PMC membuka booth tanggungjawab sosial korporat (CSR) sebagai usaha untuk lebih dekat dengan masyarakat. Ramai pengunjung singgah, bertanya soalan, berkongsi cerita dan mendapatkan maklumat kesihatan yang bermanfaat. Selain pengagihan risalah kesihatan, kami juga menyediakan promosi jualan ubat over-the-counter (OTC) bagi memudahkan orang ramai mendapatkan keperluan penjagaan kesihatan asas dengan lebih mudah dan berinformasi.

Di sebalik kelancaran program ini, sudah tentu hasil usaha pasukan PMC yang komited dan sentiasa mesra melayani setiap pengunjung. Program ini disertai oleh Puan Siti Habsah binti Ismail, Pengurus Perhubungan Awam & Pemasaran, Puan Farah Mar Adilla binti Mat dan Encik Ahmad Fauzan Farhan bin Mohd Aisha, Eksekutif Perhubungan Awam & Pemasaran, Cik Nur Amylia binti Mohamad Rosle, Ahli Farmasi, Lee Phaik Yun, Dispenser serta Cik Siti Sarah binti Mohd Sukri, pelajar praktikal. Dari berkongsi info kesihatan hinggalah membantu memilih keperluan yang sesuai, setiap interaksi menjadikan pengalaman di booth kami lebih bermakna.

Loading