Dalam semangat Ramadan yang penuh keberkatan, warga Putra Medical Centre (PMC) berganding bahu menjayakan aktiviti penyediaan bubur lambuk sebagai tanda kebersamaan dan keprihatinan terhadap pesakit serta rakan sekerja.
Seawal pagi, suasana di PMC dipenuhi dengan kesibukan yang penuh makna. Ada yang menyediakan bahan, memasak, membungkus dan menyusun agihan. Setiap usaha yang dicurahkan melambangkan semangat kerja berpasukan yang kuat serta nilai kebersamaan yang sentiasa menjadi teras budaya kerja PMC.
Bubur lambuk yang disediakan kemudiannya diagihkan kepada para pesakit dan warga kerja PMC sebagai tanda ingatan bahawa dalam kesibukan menjalankan tugas harian, nilai empati dan kasih sayang sesama insan tetap menjadi keutamaan.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada seluruh warga PMC yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan aktiviti ini. Semoga usaha kecil ini membawa keberkatan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.