TALIAN AM & TALIAN AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

TALIAN KEMALANGAN & KECEMASAN

999

BM  |  English  |  华文

Putra Medical Centre Menyertai Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bandaraya Alor Setar

May 2025

Pada 28 April 2025, Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati untuk turut serta dalam Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bandaraya Alor Setar yang diadakan di Dataran Starwalk, Jalan Tunku Ibrahim, Alor Setar.

Majlis yang bertemakan “Bandaraya Aloq Setaq Beraya Sakan” (“Alor Setar City Celebrates in Full Festivity”), itu disambut meriah dengan pelbagai juadah tradisional, persembahan kebudayaan, serta aktiviti menarik untuk seisi keluarga.

PMC mengambil bahagian dengan membuka lima gerai makanan yang menyajikan pelbagai juadah seperti pencuci mulut, jagung kukus manis, kopi panas, ubi rebus, dan lain-lain. Hidangan-hidangan ini disediakan dengan kerjasama peniaga tempatan yang berpengalaman, memastikan setiap sajian memikat selera para pengunjung.

PMC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ Haji Abdul Gafar Bin Yahya, Datuk Bandar Alor Setar, serta Majlis Bandaraya Alor Setar atas jemputan dan kepercayaan yang diberikan untuk turut serta dalam perancangan dan pelaksanaan acara yang penuh makna ini.

Dato’ Lee Gaik Cheng, Pengarah Urusan, turut berbesar hati menghadiri acara anjuran Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) dan menyatakan sokongan penuh terhadap usaha-usaha untuk mempererat hubungan perpaduan serta memupuk semangat muhibah dalam kalangan komuniti.

Sebagai tanda penghargaan, PMC turut mengagihkan beg cenderamata istimewa kepada para tetamu sepanjang acara berlangsung. Kehadiran masyarakat dari pelbagai lapisan di Alor Setar membuktikan bahawa semangat perpaduan, kasih sayang dan keharmonian terus kukuh di “Negeri Kenari” (Kedah) ini.

PMC kekal komited untuk terus mengambil bahagian secara aktif dalam program kemasyarakatan dan menyokong inisiatif yang membina kekuatan serta kesejahteraan komuniti.

Semoga Sambutan Jamuan Hari Raya Aidilfitri Bandaraya Alor Setar tahun ini menjadi simbol perpaduan dan kebersamaan yang berkekalan.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:

Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:

Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688

E-mel: pmc@putramedicentre.com.my

Laman Web: https://pmck.com.my

Loading