TALIAN AM & AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

KEMALANGAN & PERUBATAN KECEMASAN

999

BM  |  EN  |  华文

Rumah Anak Yatim Amal Solehah Pendang

26 September 2025

Pada 26 September 2025, satu program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) bertemakan “Sentuhan Kasih” telah dianjurkan hasil kerjasama strategik antara Putra Medical Centre Alor Setar (PMC) dan @Syarikat Air Darul Aman Sdn. Bhd. di Rumah Anak Yatim Amal Solehah, Pendang. Program ini bertujuan menyantuni seramai 38 orang anak-anak yatim dan asnaf, yang terdiri daripada 18 pelajar sekolah menengah dan 20 pelajar sekolah rendah, melalui pelbagai aktiviti komuniti serta penyerahan sumbangan. Sebagai sebahagian daripada inisiatif ini, telah disalurkan sumbangan wang tunai berjumlah RM1,000 kepada dua rumah kebajikan iaitu Rumah Anak Yatim Amal Solehah, Pendang dan Persatuan Kebajikan Anak Yatim & Miskin Al Munirah.

Majlis turut diserikan dengan kehadiran YBhg. Dato’ Dr. Lim Kim Huat, Timbalan Pengerusi Eksekutif, yang berbesar hati menyampaikan sumbangan serta meluangkan masa bersama anak-anak dan pihak pengurusan rumah kebajikan. PMC turut menyediakan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada anak-anak serta warga yang hadir. Lebih 100 orang peserta yang terdiri daripada warga kerja PMC, SADA serta guru pengiring turut hadir bagi memeriahkan program ini – membuktikan komitmen kedua-dua organisasi dalam memperkukuh hubungan erat bersama masyarakat setempat.

PMC merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SADA atas kesudian berkolaborasi dalam menjayakan program ini. Kami sentiasa bersedia untuk meneruskan kerjasama sebegini pada masa akan datang, malah terbuka untuk menjalin hubungan strategik bersama mana-mana agensi korporat atau kerajaan dalam usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti.

Loading