Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina
Sambutan meriah! Percikan bunga api yang menerangi ruang malam bersama persembahan tarian naga benar-benar menghidupkan suasana dan menyemarakkan lagi kemeriahan majlis.
PMCK Berhad dengan penuh sukacita berkongsi kemeriahan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina yang telah berlangsung pada 17 Februari 2026. Para tetamu jemputan disambut mesra oleh Dato’ Dr. Lim Kim Huat, Dato’ Lee Gaik Cheng dan Mr. Lee Yong Qian, menjadikan majlis tradisi tahunan ini lebih indah dan penuh makna. Bukan sekadar sambutan, ia menjadi platform untuk mengeratkan silaturahim dan berinteraksi dengan rakan kerjasama dalam suasana yang santai, mesra dan penuh kemeriahan.
Sambutan tahun ini berjalan lancar dan penuh keceriaan, dihiasi senyuman, gelak tawa serta pertemuan yang cukup bermakna. Tradisi tahunan merupakan upacara sambutan yang dinanti saban tahun dan akan terus menjadi jambatan untuk memperkukuh hubungan yang sedia terjalin.
Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan memeriahkan majlis bersama kami. Semoga Tahun Baharu ini membawa lebih banyak kebahagiaan, kejayaan, kesihatan dan keharmonian buat kita semua.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:
Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:
Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688
E-mel: pmc@putramedicentre.com.my
Laman Web: https://pmck.com.my
![]()
