Sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang, Putra Medical Centre (PMC) telah menyampaikan cenderahati istimewa kepada para pesakit sebagai tanda keprihatinan serta komitmen berterusan dalam memberikan perkhidmatan yang berteraskan nilai kemanusiaan dan kebajikan. Inisiatif ini mencerminkan usaha PMC dalam memupuk hubungan yang erat dan penuh empati bersama komuniti pesakit.
Penyampaian ini telah disempurnakan oleh barisan pengurusan tertinggi PMC iaitu Datin Lim Hui Ling, Pengarah Perubatan, Encik Alwi, Pengurus Besar, Cik Tan Sing Ning, Timbalan Pengurus Besar, Puan Wan Norazean, Pengarah Kejururawatan, dan Puan Puganeswary, Pengurus Kejururawatan, sebagai simbol sokongan serta penghargaan organisasi terhadap para pesakit.
Usaha ini diharap dapat menceriakan para pesakit serta menyemarakkan semangat perayaan, di samping menyampaikan doa dan harapan agar sambutan Tahun Baharu Cina disambut dengan penuh kegembiraan, kesihatan yang berpanjangan dan kesejahteraan berterusan.