TALIAN AM & AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

KEMALANGAN & PERUBATAN KECEMASAN

999

BM  |  EN  |  华文

SK Permatang Tok Dik

7 April 2026

PMCK Berhad dengan penuh penghargaan telah menjayakan Program Saringan Kesihatan sempena Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-52 SK Permatang Tok Dik yang telah berlangsung pada 28 Mac 2026.

Program ini menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para ibu bapa dan komuniti setempat dengan penyertaan aktif dalam pelbagai perkhidmatan saringan kesihatan yang disediakan, termasuk pemeriksaan tekanan darah, ujian glukosa dalam darah, pemeriksaan mata dan pergigian serta ujian kolesterol dan pakej pemeriksaan darah lengkap.

Program ini turut disertai oleh barisan tenaga profesional dan rakan kolaborasi kesihatan yang berdedikasi, iaitu Encik Sritharan A/L Vasu dari Rym DX Laboratory, Cik Kastury A/P Tamil Chewil dari Poliklinik UNIK Kulim, Cik Pavitira A/P Thiwaraju, Cik Kanagavalli A/P Ayaro serta Dr Elangkeswary Saravanan dari Klinik Pergigian UNIK Kulim, KG Optometry Kulim dan Encik Low Ban Heng dari Putra Medical Centre Alor Setar.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan PMCK dalam memperkukuh kesedaran kesihatan awam serta menggalakkan pengesanan awal penyakit demi memastikan kesejahteraan komuniti sentiasa terpelihara.

PMCK Berhad merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah, PIBG serta semua pihak yang telah menjayakan program ini.

Loading