TALIAN AM & AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

KEMALANGAN & PERUBATAN KECEMASAN

999

BM  |  EN  |  华文

Syarikat Air Darul Aman (SADA)

18 September 2025

Pada 18 September 2025, Putra Medical Centre (PMC) dengan penuh komitmen telah bekerjasama dengan Syarikat Air Darul Aman (SADA) dalam menjayakan sebuah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang memberi fokus kepada kesedaran kesihatan jantung. Program ini berlangsung dari jam 8.30 pagi hingga 12.00 tengah hari dan berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang peserta daripada kalangan warga kerja SADA.

Pelbagai aktiviti kesihatan telah dijalankan, termasuk:

Pemeriksaan tekanan darah

Pemeriksaan paras gula dalam darah

Pengiraan Indeks Jisim Badan (BMI)

Program ini turut diserikan dengan sesi perkongsian ilmu oleh KOL. (B) Dr. Mohamad Anuar bin Mohamad, Pakar Perunding Kardiologi Intervensi & Perubatan Am di PMC, yang membincangkan topik penting bertajuk: “Pencegahan Awal Serangan Jantung”.

Loading