Kursus Protokol dan Etiket Sosial
Putra Medical Centre (PMC) telah menganjurkan kursus Protokol dan Etiket Sosial sebagai inisiatif strategik bagi memperkasakan keterampilan profesional warga kerja. Sesi ini bertujuan untuk menyantuni kerabat dan juga VVIP untuk majlis-majlis rasmi dengan konsisten dan penuh tatasusila.
Kami amat berbesar hati menerima perkongsian ilmu daripada Tuan Sophian bin Ab Rahman, Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela dari Istana Negara. Berdasarkan pengalaman luas beliau menguruskan istiadat di bawah naungan beberapa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, kepakaran beliau memberikan perspektif eksklusif dalam memahami selok-belok protokol istana yang sebenar.
Fokus utama latihan ini adalah Etika Menyantuni Golongan Kerabat Diraja dan Sultan. Para peserta diberikan pendedahan mendalam mengenai penggunaan bahasa istana, panggilan hormat, adab menghadap serta Tatacara Santapan Diraja. Pengisian ini amat penting bagi memastikan setiap layanan di PMC sentiasa selari dengan penghormatan yang sewajarnya kepada golongan istana.
Terima kasih diucapkan kepada Tuan Sophian di atas bimbingan yang sangat berharga. Syabas kepada seluruh kakitangan PMC yang hadir, semoga ilmu ini diterjemahkan ke arah penyampaian perkhidmatan yang lebih unggul dan berintegriti.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:
Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:
Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688
E-mel: pmc@putramedicentre.com.my
Laman Web: https://pmck.com.my
![]()
