Program Sambutan Hari Sedunia Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
Kejayaan Sambutan Hari Sedunia bagi Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja (World OSH Day) 2026 hari ini turut diserikan dengan semangat luar biasa dan komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh warga kerja Putra Medical Centre (PMC). Bukan sekadar menjalankan tugas hakiki, staf dari pelbagai unit berganding bahu menjadi tulang belakang penganjuran, bermula daripada mengendalikan sesi ilmu sehingga menghidupkan booth pameran interaktif demi mempromosikan budaya kerja sihat dan selamat.
Suasana menjadi semakin meriah apabila tiba detik pengumuman Anugerah Amalan Terbaik Audit KKP PMC 2025. Tahniah diucapkan kepada Jabatan Billing yang berjaya meraih tempat pertama sebagai jabatan paling konsisten menjaga keselamatan di tempat kerja. Kecemerlangan ini diikuti oleh Jabatan Aras 6 di tempat kedua dan Pejabat Pentadbiran di tempat ketiga. Moment istimewa ini telah disempurnakan oleh Ir. Ts. Mohd Safarin Bin Sabli dengan iringan Dr. Lee Ling Hui, Pengarah Audit Dalaman dan Kelestarian.
Selain penganugerahan, keriuhan majlis turut dirasai apabila warga kerja bersaing hebat dalam kuiz interaktif Wayground yang mencabar pengetahuan keselamatan mereka. Terima kasih buat semua urusetia dan petugas yang bekerja keras di sebalik tabir. Teruskan momentum ini kerana di PMC, keselamatan adalah keutamaan bersama. Tahniah buat semua pemenang!
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:
Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:
Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688
E-mel: pmc@putramedicentre.com.my
Laman Web: https://pmck.com.my
![]()
