PMC Memperkasa Budaya Keselamatan Pekerjaan Melalui Sambutan World OSH Day 2026
Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati kerana telah terpilih sebagai tuan rumah bagi Program World OSH Day 2026 Peringkat Negeri Kedah, anjuran Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kedah. Penganjuran ini merupakan satu langkah proaktif dalam memperkukuh budaya keselamatan dan kesihatan di tempat kerja, selaras dengan usaha berterusan ke arah persekitaran kerja yang lebih selamat dan sihat.
Program yang berlangsung di perkarangan PMC ini telah dirasmikan oleh Ir. Hj. Abdul Aziz bin Salim, Pengarah JKKP Kedah, dengan kehadiran barisan kepimpinan tertinggi PMC, Dato’ Dr. Lim Kim Huat, Timbalan Pengerusi Eksekutif, dan Dato’ Dr. Lee Gaik Cheng, Pengarah Urusan.
Kemuncak acara menyaksikan pengisian ilmu melalui empat sesi ceramah utama yang disampaikan oleh pakar industri. Antara yang menarik perhatian adalah perkongsian daripada pakar perubatan PMC sendiri, iaitu Dr. Tan Boon Lee, Pakar Pembedahan Am yang membincangkan pengurusan pendarahan dalam kemalangan industri serta Dr. Cheng Hee Song, Doktor Perubatan & Kecemasan, yang membentangkan prosedur kecemasan perubatan di tempat kerja.
Selain sesi ceramah, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran 12 booth pameran yang menawarkan pelbagai solusi keselamatan dan kesihatan. Antara agensi dan syarikat yang terlibat termasuklah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bomba, PRIMA Jaya Engineering, Renzo Ventures, Proguard Technologies serta MAHSA International College. Unit dalaman PMC seperti Fisioterapi, Kawalan Jangkitan, Pemasaran, Pasukan Tindakan Kecemasan (ERT) dan Dietetik turut membuka kaunter bagi memberi pendedahan menyeluruh kepada para hadirin.
Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:
Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:
Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688
E-mel: pmc@putramedicentre.com.my
Laman Web: https://pmck.com.my
![]()
