Pada 21 Ogos 2026, pagi Jumaat yang penuh keberkatan, Putra Medical Centre telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat dalam suasana yang penuh khusyuk dan ketenangan. Bersama-sama menadah tangan dan memanjatkan doa, majlis ini bukan sahaja menjadi ruang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, malah turut mengeratkan silaturahim serta menyemai rasa kebersamaan dalam kalangan warga PMC.
Doa turut dititipkan buat seluruh pesakit Putra Medical Centre agar dikurniakan kesihatan yang baik, dipermudahkan segala urusan rawatan dan diberikan kesembuhan yang terbaik oleh Allah SWT.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada seluruh warga Putra Medical Centre yang telah hadir dan bersama-sama menjayakan majlis ini dengan penuh penghayatan. Semoga doa yang dipanjatkan menjadi asbab kebaikan, kesembuhan dan keberkatan buat kita semua.


![]()
