TALIAN AM & AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN KHIDMAT PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

KEMALANGAN & PERUBATAN KECEMASAN

999

BM  |  EN  |  华文

Hari Kesihatan Mental Sedunia: Tidak Mengapa Untuk Tidak Berasa “Baik-Baik Saja”

October 2025

Menangani Keletihan.

Bayangkan situasi ini: Anda terperangkap dalam kesesakan lalu lintas selepas seharian bekerja. Anda berasa letih. Tertekan. Dan tiba-tiba seseorang memotong laluan anda. Anda marah tanpa sedar. Adakah situasi ini kedengaran biasa? Itu bukan sekadar “mood” yang buruk. Ia mungkin tanda bahawa kesihatan mental anda memerlukan perhatian dan penjagaan yang sewajarnya. Putra Medical Centre ingin mengingatkan anda bahawa tidak mengapa untuk tidak berasa “okay” sekali-sekala.

Tekanan, kebimbangan, keletihan melampau (burnout), dan kemurungan — gejala-gejala ini sebenarnya lebih lazim daripada yang kita sangkakan.

GEJALA BOLEH MENJADI ISYARAT KECEMASAN

Hari Kesihatan Mental Sedunia, yang disambut setiap 10 Oktober, menjadi peringatan penting bahawa kesihatan mental anda sama pentingnya dengan kesihatan fizikal. Tekanan, kebimbangan, keletihan melampau (burnout), dan kemurungan — gejala-gejala ini jauh lebih biasa daripada yang kita sangkakan. Namun begitu, masalah ini sering tidak disedari atau, lebih buruk lagi, diabaikan.

Isu Kesihatan Mental Bukanlah Tanda Kelemahan

Tidak, masalah kesihatan mental bukan tanda kelemahan. Sering kali, ia menunjukkan bahawa anda telah menjadi kuat terlalu lama. Tokoh awam seperti Yuna, Harith Iskander, dan Daiyan Trisha telah berkongsi perjalanan kesihatan mental mereka sendiri. Di peringkat antarabangsa, tokoh seperti Putera Harry, Lady Gaga, dan juga atlet Olimpik seperti Simone Biles turut berkongsi perjuangan peribadi yang serupa. Mesej mereka jelas: Anda tidak keseorangan.

Malaysia: Punca Utama dan Faktor Risiko

Secara realistik, kehidupan di Malaysia boleh terasa sangat membebankan. Kita berdepan dengan waktu kerja yang panjang, jadual keluarga yang padat, kesesakan lalu lintas, dan gangguan berterusan daripada notifikasi digital. Ditambah pula dengan beban tambahan daripada tekanan berikut, tidak hairanlah fikiran kita sering terasa letih dan sangat terbeban:

    • Stigma budaya: Ramai masih ragu-ragu untuk bercakap tentang kesihatan mental.
    • Tekanan kerja: Persekitaran kerja bertekanan tinggi dengan masa rehat yang terhad.
    • Pengasingan di bandar: Hidup di kota yang sibuk tetapi berasa keseorangan secara emosi.
    • Kebimbangan kewangan: Kenaikan kos sara hidup menjejaskan ketenangan fikiran.
    • Tekanan media sosial: Paparan kejayaan tanpa henti di media sosial boleh membuatkan kita berasa ketinggalan.

Angka Disebalik Kesunyian Yang Bersuara

Menurut Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Malaysia 2019 (NHMS), satu daripada tiga orang dewasa menghadapi masalah kesihatan mental. Ini bukan sekadar angka — ini melibatkan rakan, ahli keluarga, dan diri kita sendiri. Inilah realitinya:

    • Golongan dewasa muda (16 – 29 tahun) melaporkan tahap tekanan paling tinggi.
    • Pekerja di Malaysia semakin menunjukkan tanda-tanda keletihan melampau (burnout).
    • Kebimbangan dan kemurungan selepas pandemik meningkat dengan ketara, terutamanya dalam kalangan ibu, penjaga, dan remaja.

PMC: Sokongan Pesakit dan Diagnosis

Masalah kesihatan mental mungkin tidak kelihatan, tetapi ia nyata dan benar. Di Putra Medical Centre (PMC), kami mendengar dan mengambil berat. Pakar Perubatan Dalaman kami seperti Dr. Anuar Waid dan Dr. Chew Chang Eek sering menjadi titik pertama pertemuan bagi pesakit yang berasa “tidak seperti biasa.” Doktor kami memandang serius kesihatan mental dan kesejahteraan setiap individu.

Kesihatan mental bukan sekadar tentang mengelak penyakit. Ia juga tentang mewujudkan ruang untuk ketenangan, kejelasan fikiran, dan keseimbangan emosi. Jangan pernah berasa malu untuk meminta bantuan,” jelas Pegawai Perubatan di PMC, Dr. Chew Chang Eek. PMC menawarkan saringan kesihatan mental, sesi perundingan, dan rujukan kepada pakar bagi menangani masalah seperti:

      • Kebimbangan dan serangan panik – Kebimbangan berterusan, rasa gugup, atau episod ketakutan yang berlaku secara tiba-tiba.
      • Kemurungan – Perasaan sedih, hilang harapan, atau kehilangan minat terhadap kehidupan dalam tempoh yang berpanjangan.
      • Gangguan tidur – Sukar untuk tidur atau kekal tidur, kerap terjaga pada waktu malam, atau mengalami kualiti tidur yang rendah.
      • Kemurungan selepas bersalin – Tekanan emosi selepas melahirkan anak, termasuk perasaan sedih, mudah marah, atau berasa terbeban.
      • Keletihan melampau dan isu berkaitan tekanan – Keletihan mental dan fizikal akibat tekanan berpanjangan daripada kerja, penjagaan ahli keluarga, atau tekanan hidup.

Pilihan Rawatan Profesional

Penjagaan kesihatan mental di Putra Medical Centre (PMC) adalah menyeluruh, peribadi, dan penuh belas ihsan. Berdasarkan keperluan individu, kami menawarkan:

      • Sokongan Terapeutik – Kami boleh menghubungkan anda dengan profesional kesihatan mental dan kaunselor.
      • Sokongan untuk dewasa bekerja dan pelajar – Kami memahami tekanan yang anda hadapi dan menawarkan penjagaan yang fleksibel serta bersifat peribadi.
      • Pengurusan perubatan – Sekiranya simptom memberi kesan kepada kehidupan harian, kami boleh menetapkan ubat dan memantau perkembangan anda.
      • Panduan gaya hidup – Pasukan kami membantu dengan strategi penting seperti kebersihan tidur, perubahan pemakanan, dan teknik pengurangan tekanan.

Lebih Daripada Sekadar “Fasa”

Masalah kesihatan mental bukan sahaja mempengaruhi emosi anda. Ia menjejaskan setiap aspek kehidupan — tidur, tenaga, fokus, hubungan, dan kesihatan fizikal. Sesetengah individu berasa letih sepanjang masa, ada yang bergelut dengan rasa bersalah atau tidak berharga, dan ramai yang kehilangan minat terhadap perkara yang pernah mereka cintai. Kami mendekati isu kesihatan mental dengan penuh empati. Pakar kami di PMC berada di sini untuk mengingatkan anda bahawa anda bukanlah “rosak”, anda hanyalah manusia. PMC menyokong:

    • Ibu selepas bersalin yang menghadapi “baby blues”
    • Lelaki yang diajar untuk berdiam diri
    • Pesakit warga emas yang berdepan kesunyian
    • Pelajar yang terbeban dengan tekanan akademik

Kadangkala, bercakap dengan seseorang yang sudi mendengar boleh mengubah segalanya. PMC Alor Setar sentiasa di sini — untuk mendengar.

MARI MULAKAN PERBINCANGAN

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia ini, buatlah janji untuk diri anda sendiri. Semak keadaan minda anda. Jika anda atau orang tersayang sedang menghadapi kesukaran, jangan segan untuk mendapatkan bantuan. Kami bersedia untuk mendengar, menyokong, dan membimbing anda kembali ke arah kesihatan mental yang baik. Kadangkala, bercakap dengan seseorang yang sudi mendengar boleh mengubah segalanya. PMC sentiasa di sini — untuk mendengar.

Untuk maklumat lanjut, layari media sosial rasmi kami:

Untuk sebarang bantuan atau nasihat perubatan, sila hubungi Putra Medical Centre:

Hubungi: +604-734 2888 | +6011-1052 3600 | +6011-1052 3688

E-mel: pmc@putramedicentre.com.my

Laman Web: https://pmck.com.my

Loading