Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma darah yang telah memberikan sumbangan dengan penuh keikhlasan dalam Kempen Derma Darah yang dianjurkan dengan kerjasama Pasukan Derma Darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Putra Medical Centre pada 24 Ogos 2026.
Setiap titisan darah yang didermakan amat bermakna. Setiap sumbangan membawa harapan dan memainkan peranan penting dalam membantu menyelamatkan nyawa mereka yang memerlukan. Terima kasih atas sokongan, keprihatinan dan kemurahan hati yang telah diberikan. Semoga semangat murni ini terus menjadi inspirasi serta menyemarakkan budaya menderma darah dalam kalangan masyarakat.


![]()
