Putra Medical Centre Alor Setar berbesar hati menyantuni Majlis Persaraan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, YBhg. Dr. Fauziah binti Abdul Wahab, yang telah berlangsung pada 23 Ogos 2026.
Majlis ini menjadi ruang bermakna untuk mengenang jasa, dedikasi dan kepimpinan YBhg. Dr. Fauziah sepanjang perkhidmatan beliau dalam bidang kesihatan. Segala sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan pastinya meninggalkan kenangan serta impak yang bermakna.
Hadir mewakili Putra Medical Centre Alor Setar ialah Dato’ Dr. Lim Kim Huat, Timbalan Pengerusi Eksekutif; Dato’ Dr. Lim Tze Chou, Pengarah Klinikal; Datin Dr. Lim Hui Ling, Pengarah Perubatan; Dr. Siti Nurul Aishah, Timbalan Pengarah Perubatan; En. Alwi Mulyadi, Pengurus Besar; Dr. Ling Ming Han, Pakar Perunding Anestesiologi dan Dr. Mohamad Anuar Mohamad, Pakar Perunding Kardiologi Intervensi & Perubatan, bersama beberapa orang pegawai kanan PMC, Puan Kamarosliyah, Encik Adam Azamuddin serta Encik Kamarul.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada YBhg. Dr. Fauziah atas segala jasa dan khidmat bakti yang telah dicurahkan. Selamat bersara dan selamat melangkah ke fasa kehidupan yang baharu. Semoga sentiasa dikurniakan kesihatan, kebahagiaan dan keberkatan dalam setiap langkah mendatang.


![]()
