Pusat Dialisis Putra Medical Centre berbesar hati menerima kunjungan daripada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Setar/Pendang bagi menjalankan Program Promosi Kesihatan Pergigian.
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut melalui sesi pendidikan kesihatan pergigian serta perkongsian amalan penjagaan gigi dan mulut yang betul.
Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pesakit dan kakitangan dalam mengekalkan kesihatan mulut dan kesejahteraan diri secara menyeluruh.
Terima kasih kepada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Setar/Pendang atas kerjasama dan komitmen dalam menjayakan program ini.



![]()
