Langkau ke kandungan

Majlis Makan Malam Tahunan 2026 & Ulang Tahun Pertama Penyenaraian IPO PMCK Berhad

Malam yang diraikan bukan sekadar sebuah majlis, tetapi menjadi lambang kesyukuran atas perjalanan yang telah dilalui serta tekad untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan. Majlis ini diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Tengku Sarafudin Badlishah ibni Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin, Tuanku Raja Muda Kedah, dan Duli Yang Teramat Mulia Che Puan Muda Zaheeda binti Mohamad Ariff, Tuanku Raja Puan Muda Kedah, yang berkenan mencemar duli berangkat ke majlis tersebut.

Turut hadir memeriahkan majlis ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Yang Berhormat Dato’ Seri Norizan Khazali bersama isteri, Datin Seri Norhasni Ishak; Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah; Timbalan Pengerusi Eksekutif Putra Medical Centre (PMCK), Dato’ Dr. Lim Kim Huat; Pengarah Bebas Bukan Eksekutif PMCK Berhad, Mr. Chan Chee Woei dan Ms. Shirlyn Yeong Siew Lee; Pengarah Urusan PMCK Berhad, Dato’ Dr. Lee Gaik Cheng; Pengarah Perkhidmatan Klinikal Putra Medical Centre (PMC), Dato’ Dr. Lim Tze Chou; serta Pengarah Pematuhan dan Kelestarian PMCK Berhad, Dr. Ester Lee Ling Hui, bersama barisan Ahli Lembaga Pengarah, pihak pengurusan kanan, rakan strategik dan warga PMCK Berhad.

Seluruh warga PMCK Berhad merafak sembah setinggi-tinggi junjungan kasih ke hadapan DYTM Tuanku Raja Muda Kedah dan DYTM Tuanku Raja Puan Muda Kedah atas limpah perkenan serta kesudian Baginda berdua berangkat ke majlis ini. Kehadiran Baginda berdua merupakan satu penghormatan yang amat besar dan menjadi kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam sejarah perjalanan PMCK Berhad.

Majlis ini turut menjadi simbol penghargaan kepada seluruh warga kerja PMCK Berhad yang telah memainkan peranan penting dalam merealisasikan pencapaian syarikat sepanjang setahun sebagai sebuah syarikat yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Dedikasi, kesetiaan dan komitmen setiap warga kerja merupakan tunjang utama kepada kejayaan organisasi dalam memberikan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang berkualiti, selamat dan berteraskan pesakit.

Semoga ulang tahun pertama penyenaraian IPO ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak kejayaan, inovasi dan pencapaian yang membanggakan pada masa hadapan, sekali gus mengukuhkan kedudukan PMCK Berhad sebagai peneraju penjagaan kesihatan yang dipercayai oleh masyarakat.

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
Ogos, 2026

30 Tahun Kerjasama Dipercayai Bersama Canon Medical Systems Malaysia

Putra Medical Centre Alor Setar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Canon Medical Systems Malaysia Sdn Bhd atas kunjungan serta sokongan berterusan yang telah diberikan sepanjang perjalanan kerjasama ini. Selama lebih 30 tahun, Canon Medical Systems Malaysia telah menjadi rakan kongsi yang dipercayai oleh Putra Medical Centre, dengan sentiasa memberikan sokongan yang berkesan […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Program Promosi Kesihatan Pergigian di Pusat Dialisis Putra Medical Centre

Pusat Dialisis Putra Medical Centre berbesar hati menerima kunjungan daripada Pejabat Kesihatan Pergigian Daerah Kota Setar/Pendang bagi menjalankan Program Promosi Kesihatan Pergigian. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut melalui sesi pendidikan kesihatan pergigian serta perkongsian amalan penjagaan gigi dan mulut yang betul. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada para pesakit […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Kempen Derma Darah dengan Kerjasama Pasukan Derma Darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB)

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua penderma darah yang telah memberikan sumbangan dengan penuh keikhlasan dalam Kempen Derma Darah yang dianjurkan dengan kerjasama Pasukan Derma Darah Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Putra Medical Centre pada 24 Ogos 2026. Setiap titisan darah yang didermakan amat bermakna. Setiap sumbangan membawa harapan dan memainkan peranan penting […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Majlis Persaraan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah

Putra Medical Centre Alor Setar berbesar hati menyantuni Majlis Persaraan Pengarah Hospital Sultanah Bahiyah, YBhg. Dr. Fauziah binti Abdul Wahab, yang telah berlangsung pada 23 Ogos 2026. Majlis ini menjadi ruang bermakna untuk mengenang jasa, dedikasi dan kepimpinan YBhg. Dr. Fauziah sepanjang perkhidmatan beliau dalam bidang kesihatan. Segala sumbangan dan khidmat bakti yang dicurahkan pastinya […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat

Pada 21 Ogos 2026, pagi Jumaat yang penuh keberkatan, Putra Medical Centre telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin dan Doa Selamat dalam suasana yang penuh khusyuk dan ketenangan. Bersama-sama menadah tangan dan memanjatkan doa, majlis ini bukan sahaja menjadi ruang untuk kita mendekatkan diri kepada Allah SWT, malah turut mengeratkan silaturahim serta menyemai rasa kebersamaan dalam […]

Baca Lagi