TALIAN AM & TALIAN AMBULANS

+604-734 2888
+6011-1052 3600
+6011-1052 3688

TALIAN PERKHIDMATAN PELANGGAN

(8:30 am – 5:00 pm)

+6010-455 1125

TALIAN KEMALANGAN & KECEMASAN

999

BM  |  English  |  华文

Pusat Perubatan Yang Mempunyai Kemudahan Lengkap dan Perkhidmatan Pakar

Di Putra Medical Centre, kami komited untuk menawarkan kepada pesakit kami rangkaian perkhidmatan perubatan yang komprehensif, dilengkapi dengan kemudahan perubatan bertaraf dunia dan ditadbir oleh pakar perubatan yang profesional dan berpengalaman.

Pakar Perunding

Pakar Anestesiologi
Doktor Gigi & Ortodontik
Pakar Kulit (Dermatologi)
Pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT)
Pembedahan Am
Pegawai Perubatan
Pakar Obstetrik & Ginekologi (Sakit Puan)
Pakar Mata (Oftalmologi)
Pakar Ortopedik
Pakar Kanak-Kanak (Pediatrik)
Pakar Perubatan & Jantung (Kardiologi)
Pakar Perubatan & Perubatan Kecemasan
Pakar Perubatan & Perubatan Dalaman
Pakar Urologi & Nefrologi
Pakar Radiologi
Perubatan Sukan & Senaman

Perubatan Am

Pembedahan Am

  • Kolonoskopi
    Endoskopi
    Kolesistektomi laparoskopi
    Apendiktomi laparoskopi
    Pembaikan Hernia Laparoskopik
    Buasir Stapling
    CTEV (Laser Untuk Vena Varikos)

Pediatrik

  • Penyakit Berjangkit dalam Pediatrik
  • Gangguan Biasa dalam Sistem GIT
  • Penyakit Dermatologi Biasa
  • Asma kanak-kanak
  • Imunisasi dan Vaksinasi Kanak-kanak
  • Aspirasi Sumsum Tulang
  • Penilaian Neonatal/Bayi Lahir

Obstetrik & Ginekologi

  • Pemeriksaan Kehamilan dan ultrasound
  • Bersalin normal / Instrumental / Czer (pembedahan)
  • Imbasan Terperinci dan Imbasan Anomali
  • Pembedahan Faraj untuk prolaps organ panggul dan Operasi Anduh
  • Ketidakupayaan untuk Mengandung / Kemandulan
  • Menopaus
  • Vaksinasi HPV
  • Keadaan Perubatan dalam Kehamilan
  • Keadaan dan Anomali Janin
  • Perancangan Keluarga

Ortopedik

  • Trauma am penetapan patah tulang
  • Artroplasti lutut dan pinggul
  • Pengurusan dan penjagaan kecederaan sukan
  • Pembedahan artroskopi bahu dan lutut
  • Pengurusan dan penjagaan luka
  • Pengurusan kesakitan
  • Pembedahan tulang belakang endoskopik
  • Pra dan pasca operasi
  • Pemulihan
  • Prosedur laser atau frekuensi radio
  • Suntikan lutut

Kardiologi

1. Prosedur Diagnostik Bukan Invasif

  • Ekokardiografi Transoesophageal (TOE)
  • Ekokardiografi Tekanan Dobutamine (DSE)
  • Ekokardiografi Dengan Doppler Aliran Warna
  • Treadmill ECG (Ujian Tekanan)
  • Pemeriksaan Kesihatan Eksekutif & ECG
  • Pemantauan Holter 24 jam

2. Prosedur Invasif

  • Anglogram Koronari dan Angioplasti (PCI)
  • Anglogram karotid
  • Anglogram Renal dan Angioplasti
  • Anglogram Periferal dan Angioplasti
  • Sisipan Perentak Jantung Sementara
  • Perentak/Sisipan Kekal Satu dan Dwi Ruang
  • Perikardiosentesis

Perkhidmatan Lain

  • Perkhidmatan pergigian (CBCT, OPG, IOPA, dll)
    Pembedahan Telinga, Hidung, Tekak
    Radiologi
    Ultra Sonogram
    640-Potongan CT Scan
    MRI 1.5 Tesla
    Fluoroskopi
    Mammografi
    Anestesiologi
    Penyiasatan Makmal
    Unit Hemodialisis
    Fisioterapi
    Unit Rawat Rapi Dengan Ventilator
    Unit Rawatan Separa Rapi (HDU)
    Bilik Bersalin
    Nursery
    Dewan Bedah
    Farmasi 24 Jam
    Pusat Kejururawatan dan Pemulihan
    Radiografi Am
    Radiografi Mudah Alih

Oftalmologi

  • Pembedahan Katarak
    Phacoemulsification Extracapsular Cataract Extraction

Kecemasan

  • Kecederaan Kepala dengan Gegaran
  • Keracunan
  • Kemalangan Trafik dan Tempat Kerja
  • Pemeriksaan Perubatan dan Pemeriksaan Kesihatan
  • Sedasi Prosedur dan Analgesia

Pesakit

Hak Pesakit

Pesakit & keluarga berhak untuk:

  • Menerima rawatan dengan cermat, penuh sopan dan bertimbang rasa, tanpa sebarang diskriminasi termasuk bangsa atau agama.
  • Mengetahui identiti doktor atau kakitangan perubatan anda.
  • Mendapatkan perkhidmatan perubatan yang selamat dan hak untuk mendapatkan pendapat kedua mengenai rawatan.
  • Menerima bil terperinci bagi mana-mana perubahan yang berlaku (atas permintaan anda).
  • Membuat keputusan tentang penjagaan perubatan dan mengambil tanggungjawab (jika telah membuat keputusan) untuk meninggalkan hospital walaupun bertentangan dengan nasihat doktor.
  • Bagi kanak-kanak di bawah umur, kebenaran hendaklah diperoleh daripada ibu bapa atau penjaga sebelum menjalankan sebarang prosedur. Dalam kes pesakit yang tidak berupaya, kelewatan rawatan adalah berbahaya, oleh itu doktor mempunyai hak untuk menjalankan rawatan atau pembedahan yang diperlukan.
  • Terus menghubungi kami atau memberi cadangan melalui peti cadangan bagi menambah baik perkhidmatan hospital.
  • Bertanggungjawab untuk menyimpan barang peribadi dengan selamat.
  • Menderma organ dengan persetujuan ahli keluarga atau jika anda sudah menjadi penderma berdaftar.

Pra Kemasukan

Sama ada secara kecemasan atau kemasukan yang dirancang, kami telah menyediakan senarai barang untuk dibawa ke hospital.

  • Barangan peribadi akan disediakan atas permintaan anda. Contoh barangan peribadi termasuk peralatan mandian asas (Anda juga boleh membawa sendiri)
  • Anda digalakkan untuk membawa seluar dalam, selipar dan satu set pakaian untuk dipakai semasa keluar hospital. Pihak hospital hanya menyediakan anda gaun untuk dipakai semasa penginapan anda.
  • Perubatan seharian anda akan diberikan oleh hospital, namun anda boleh membawa ubat anda sendiri untuk dimakan setelah disahkan oleh doktor anda di Pusat Pakar Perubatan Putra.
  • Telefon bimbit dengan pengecas. (Atas risiko anda sendiri)

Apa yang tidak boleh dibawa ke hospital

  • Barang berharga seperti barang kemas, elektronik dan sejumlah besar wang tunai.
  • Semua jenis makanan dan buah-buahan berbau kuat seperti durian & etc.
  • Semua jenis minuman beralkohol.

Pencegahan dan kawalan jangkitan
Kami mengawalkan jangkitan dengan teliti untuk memastikan standard penjagaan klinikal tertinggi. Hospital kami mempunyai pasukan kawalan jangkitan yang memantau jangkitan berkaitan hospital dan penggunaan antibiotik mengikut protokol nasional.

Keperluan khas
Jika anda mempunyai sebarang keperluan khas, sila hubungi perkhidmatan pelanggan kami dan maklumkan kepada kami dengan lebih awal.

Maklumat Pesakit Dalaman

Rutin wad

  • Jururawat unit akan menyambut dan membawa anda ke bilik.
  • Doktor dan jururawat anda akan berbincang dan merancang rawatan yang sesuai untuk anda.
  • Nasihat pemakanan akan diberikan oleh pakar pemakanan kami jika diperlukan.
  • Hari biasa di wad bermula antara 5 pagi hingga 6 pagi dengan mencuci dan menyediakan tempat tidur. Bilik ini dipastikan kebersihannya oleh pasukan pengemasan kami. Makanan dihidangkan mengikut jadual. Lampu akan dipadamkan pada pukul 10 malam.

Bersedia untuk pembedahan

  • Perunding anda akan memberi taklimat kepada anda secara terperinci tentang prosedur pembedahan.
  • Anda atau ahli keluarga akan diminta membaca, memahami dan menandatangani borang kebenaran.
  • Anda akan menjalani pemeriksaan pra-bius oleh pakar anesthesia

Sebelum pembedahan (jika berkenaan)

  • Anda dikehendaki berpuasa pada waktu malam sebelum pembedahan anda.
  • Doktor mungkin minta anda menjalani proses penyediaan usus.
  • Doktor mungkin mencukur, klip atau menanda di bahagian pembedahan.
  • Kanta sentuh, prostesis, gigi palsu dan barang kemas hendaklah ditanggalkan.

Waktu Melawat / Maklumat Pelawat

Waktu lawatan adalah seperti berikut:

Wad Am
10.00 a.m. – 10.00 p.m.
Selepas waktu melawat, hanya seorang pelawat sahaja yang dibenarkan masuk ke wad am. Anda diminta mendaftar terlebih dahulu dengan pekerja keselamatan dari pukul 10 p.m. to 12 a.m. untuk mengambil pas pelawat anda. Nombor bilik yang akan dinyatakan pada pas pelawat anda.

 

HDU (Unit Rawatan Rapi)

12.00 p.m. – 2.00 p.m. / 5.00 p.m. – 9.00 p.m.
Hanya satu orang dibenarkan pada satu masa. Kanak-kanak tidak dibenarkan masuk.

Penjaga pesakit

Hospital tidak membenarkan lebih daripada seorang untuk menemani pesakit untuk bermalam di bilik berkongsi.

Hospital tidak membenarkan peneman di unit rawatan rapi, bilik dewan pembedahan, kawasan pemulihan bilik pembedahan dan kawasan kritikal lain.

Jika pesakit dipindah dari wad am ke unit kritikal, peneman diminta mengosongkan bilik dengan segera. Sebaik sahaja pesakit dianggap sihat secara klinikal untuk dipindahkan semula ke wad, peneman boleh tinggal di situ.

Kaedah Pembayaran

Secara Tunai, Kad Kredit & Debit

  • Setelah dianggap sesuai untuk discharge oleh Perunding Perubatan, ia akan mengambil masa satu jam (secara purata) untuk menyediakan bil.
  • Kakitangan wad akan menyediakan dokumen pelepasan dan pembayaran serta ubat anda.
  • Untuk pembayaran, kami hanya menerima pembayaran melalui tunai, VISA, pemidahan dalam talian, pembayaran QR, Kad Debit, MasterCard & American Express.
  • Anda akan diberikan dokumen pemberitahuan pelepasan, laporan siasatan, preskripsi perubatan dan ubat berdasarkan preskripsi ubat anda.
  • Maklumkan kepada perunding jika anda memerlukan sijil perubatan (MC).
  • Selepas pembayaran bil, anda diminta untuk kosongkan bilik dengan segera bagi memberi pertimbangan kepada pesakit lain.

Perlindungan insurans

  • Kaedah pembayaran ini tertakluk kepada masa pemprosesan perlindungan insurans.
  • Jika anda ingin meninggalkan hospital lebih awal, anda perlu meninggalkan deposit keselamatan bersamaan dengan bil tertunggak dengan kaunter juruwang kami. Deposit akan dikembalikan setelah kelulusan diperoleh daripada syarikat insurans anda.
  • Jika syarikat insurans anda menolak kelulusan, sila selesaikan pembayaran secara tunai, kad kredit atau kad debit.
  • Jika jumlah yang diluluskan kurang daripada bil akhir, anda diminta untuk membayar bakinya.
  • Sila minta salinan asal bil anda.

Farmasi

Putra Medical Centre menawarkan cara yang mudah untuk membeli barangan terpilih daripada farmasi kami.
• Ubat di kaunter (OTC) Peralatan perubatan seperti termometer, alat tekanan darah, nebulizer dan lain-lain.
• Vitamin / Makanan Tambahan
• Susu Tepung

Sila hubungi kami untuk membuat dan mengambil pesanan anda dari tingkap pandu lalu kami.
04-7342888 nombor sambungan 1006/1005

Loading