Langkau ke kandungan

The Great Journey Day di Pulau Pinang

Pada Khamis, 4 September 2025, Putra Medical Centre (PMC) telah dijemput menghadiri The Great Journey Day anjuran Great Eastern Life Assurance (M) Berhad yang berlangsung di Wisma Great Eastern, Pulau Pinang. Acara ini telah dirasmikan oleh Chief Operations Officer (COO), Ms. Yvonne Gan dan Chief Agency Distribution Officer (CADO), Mr. Koh Ken Yong, serta turut dihadiri oleh barisan pemimpin agensi utama dari negeri-negeri utara.

Penganjuran The Great Journey Day membuka ruang kepada semua pihak yang terlibat untuk mendapatkan perkembangan terkini mengenai inisiatif Great Eastern Life daripada pihak pengurusan tertinggi. Ia juga menjadi platform penting bagi memperkukuh jaringan kerjasama strategik antara rakan hospital dan para pemimpin agensi di rantau utara.

Bagi Putra Medical Centre, penglibatan dalam The Great Journey Programme amat signifikan kerana ia seiring dengan visi serta komitmen kami untuk memperluas akses penjagaan kesihatan kepada masyarakat. Penyertaan ini juga mencerminkan usaha berterusan PMC dalam meningkatkan kesedaran awam tentang kepentingan perlindungan insurans, di samping menyokong pembangunan ekosistem kesihatan yang lebih mampan dan inklusif di wilayah utara. Sebagai tanda penghargaan, PMC telah diberi penghormatan menerima sebuah plak khas daripada pihak Great Eastern Life. Pengiktirafan ini bukan sahaja menzahirkan kepercayaan yang diberikan kepada PMC, malah turut memperkukuh kedudukan kami sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan yang dipercayai di Kedah dan kawasan utara.

PMC akan terus komited dalam menyokong inisiatif bersama rakan strategik seperti Great Eastern Life. Kami percaya bahawa kerjasama erat sebegini akan membawa manfaat yang lebih meluas bukan sahaja kepada organisasi yang terlibat tetapi juga kepada komuniti yang kami layani.

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
November, 2026

Proton Lee Motors

Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati dapat bersama komuniti di Proton Lee Motors menerusi satu inisiatif yang penuh dengan semangat keprihatinan. Sepanjang program ini, PMC turut menyediakan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma merangkumi pemeriksaan tekanan darah bagi membantu peserta mengetahui tahap kesihatan masing-masing. Bagi PMC, setiap usaha kecil membawa makna yang besar. Semoga inisiatif seperti […]

Baca Lagi
November, 2026

Hari Komuniti Madani Kota Darul Aman 2026

Hari Komuniti MADANI 2026: Mendekati Komuniti, Menyantuni Kesihatan. Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Hari Komuniti MADANI Kota Darul Aman 2026, dengan membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada masyarakat melalui aktiviti saringan kesihatan dan interaksi bersama komuniti. Melalui penglibatan seperti ini, kami berharap dapat terus menyemai kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan […]

Baca Lagi
November, 2026

Program Hari Tanpa Kenderaan Alor Setar

Kesihatan yang baik bermula dengan langkah kecil dan kesedaran bersama. Putra Medical Centre (PMC) turut memeriahkan program Car Free Saturday di Alor Setar dengan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma merangkumi tekanan darah, paras gula dalam darah dan BMI. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat melalui booth Fisioterapi, Farmasi serta ACS (Stop the Bleeding). Inisiatif ini merupakan […]

Baca Lagi
November, 2026

Lee Motors (BMW), Jalan Gangsa

Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati menjadi sebahagian daripada BMW Lee Motors – Drive Joy Into Christmas, program CSR selama dua hari pada 6 dan 7 November 2026 di Lee Motors, Jalan Gangsa. Melalui program ini, PMC berpeluang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan dan penjagaan kesihatan secara berkala. Terima […]

Baca Lagi
November, 2026

Kem Kesihatan – Mansion 28, Jalan KTM

Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lions Club of North Kedah sempena kempen derma darah di Mansion 28, Jalan KTM. Selain menyokong usaha murni menderma darah, PMC turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma merangkumi tekanan darah, paras gula dalam darah dan BMI, serta perkongsian kesedaran mengenai diabetes oleh pegawai perubatan. Melalui inisiatif ini, […]

Baca Lagi
Oktober, 2026

Karnival Kita dan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026

Senyuman, gelak tawa dan gelagat ceria anak-anak menjadi penyeri Karnival Kita dan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026! Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kemeriahan program ini bersama komuniti setempat. Semoga keceriaan dan semangat kebersamaan ini terus mekar dalam komuniti kita.

Baca Lagi