Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lions Club of North Kedah sempena kempen derma darah di Mansion 28, Jalan KTM.
Selain menyokong usaha murni menderma darah, PMC turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma merangkumi tekanan darah, paras gula dalam darah dan BMI, serta perkongsian kesedaran mengenai diabetes oleh pegawai perubatan.
Melalui inisiatif ini, PMC berharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pengesanan awal dan penjagaan kesihatan dalam kalangan masyarakat.
Bersama membina komuniti yang lebih sihat dan prihatin!


![]()
