Kesihatan yang baik bermula dengan langkah kecil dan kesedaran bersama.
Putra Medical Centre (PMC) turut memeriahkan program Car Free Saturday di Alor Setar dengan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma merangkumi tekanan darah, paras gula dalam darah dan BMI.
Pengunjung juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat melalui booth Fisioterapi, Farmasi serta ACS (Stop the Bleeding).
Inisiatif ini merupakan usaha PMC untuk mendekatkan perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan.
Bersama melangkah ke arah komuniti yang lebih sihat.


![]()
