Langkau ke kandungan

Ibu Pejabat Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA)

Program ini menampilkan sesi ceramah kesihatan bertajuk “Pencegahan Awal Serangan Jantung” yang disampaikan oleh Dr. Mohamad Anuar, Pakar Perunding Perubatan & Pakar Kardiologi Intervensi Putra Medical Centre. Dalam sesi perkongsian tersebut, beliau menekankan kepentingan mengenal pasti serta mengawal faktor risiko utama penyakit jantung seperti tekanan darah tinggi, diabetes, kolesterol tinggi, obesiti, tabiat merokok dan gaya hidup tidak aktif. Kepentingan menjalani saringan kesihatan secara berkala serta mendapatkan rawatan awal turut diberi penekanan bagi mengurangkan risiko komplikasi yang serius.

Selain ceramah kesihatan, para peserta turut berpeluang menjalani pemeriksaan asas kesihatan percuma sebagai langkah awal pemantauan tahap kesihatan masing-masing. Program ini dijayakan dengan sokongan dari kakitangan PMC antaranya Encik Henry Low, Cik Asikin dan Cik Maziah.

Inisiatif ini mencerminkan komitmen berterusan Putra Medical Centre dalam memperkukuh kesedaran kesihatan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan komuniti selaras dengan peranan PMC sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan yang prihatin dan bertanggungjawab.

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
November, 2026

Proton Lee Motors

Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati dapat bersama komuniti di Proton Lee Motors menerusi satu inisiatif yang penuh dengan semangat keprihatinan. Sepanjang program ini, PMC turut menyediakan pemeriksaan kesihatan asas secara percuma merangkumi pemeriksaan tekanan darah bagi membantu peserta mengetahui tahap kesihatan masing-masing. Bagi PMC, setiap usaha kecil membawa makna yang besar. Semoga inisiatif seperti […]

Baca Lagi
November, 2026

Hari Komuniti Madani Kota Darul Aman 2026

Hari Komuniti MADANI 2026: Mendekati Komuniti, Menyantuni Kesihatan. Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada Hari Komuniti MADANI Kota Darul Aman 2026, dengan membawa perkhidmatan kesihatan lebih dekat kepada masyarakat melalui aktiviti saringan kesihatan dan interaksi bersama komuniti. Melalui penglibatan seperti ini, kami berharap dapat terus menyemai kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan […]

Baca Lagi
November, 2026

Program Hari Tanpa Kenderaan Alor Setar

Kesihatan yang baik bermula dengan langkah kecil dan kesedaran bersama. Putra Medical Centre (PMC) turut memeriahkan program Car Free Saturday di Alor Setar dengan menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma merangkumi tekanan darah, paras gula dalam darah dan BMI. Pengunjung juga berpeluang mendapatkan khidmat nasihat melalui booth Fisioterapi, Farmasi serta ACS (Stop the Bleeding). Inisiatif ini merupakan […]

Baca Lagi
November, 2026

Lee Motors (BMW), Jalan Gangsa

Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati menjadi sebahagian daripada BMW Lee Motors – Drive Joy Into Christmas, program CSR selama dua hari pada 6 dan 7 November 2026 di Lee Motors, Jalan Gangsa. Melalui program ini, PMC berpeluang menyediakan perkhidmatan kesihatan kepada komuniti serta meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemeriksaan dan penjagaan kesihatan secara berkala. Terima […]

Baca Lagi
November, 2026

Kem Kesihatan – Mansion 28, Jalan KTM

Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati dapat bekerjasama dengan Lions Club of North Kedah sempena kempen derma darah di Mansion 28, Jalan KTM. Selain menyokong usaha murni menderma darah, PMC turut menyediakan pemeriksaan kesihatan percuma merangkumi tekanan darah, paras gula dalam darah dan BMI, serta perkongsian kesedaran mengenai diabetes oleh pegawai perubatan. Melalui inisiatif ini, […]

Baca Lagi
Oktober, 2026

Karnival Kita dan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026

Senyuman, gelak tawa dan gelagat ceria anak-anak menjadi penyeri Karnival Kita dan Sambutan Hari Kanak-Kanak 2026! Putra Medical Centre (PMC) berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kemeriahan program ini bersama komuniti setempat. Semoga keceriaan dan semangat kebersamaan ini terus mekar dalam komuniti kita.

Baca Lagi