Langkau ke kandungan

PEMBEDAHAN MULUT & MAKSILOFASIAL

Pembedahan untuk mulut, rahang dan muka — daripada gigi bongsu dan implan pergigian hingga pembetulan kedudukan rahang, rawatan kecederaan muka serta masalah sendi rahang.

Gambaran Keseluruhan

Gabungan Pergigian dan Pembedahan

Pembedahan mulut dan maksilofasial menggabungkan bidang pergigian dan perubatan. Ia melibatkan rawatan gigi, tulang rahang, tulang muka serta tisu lembut pada bahagian muka — dan skopnya merangkumi lebih daripada sekadar mencabut gigi.

 

Di Putra Medical Centre, perkhidmatan ini merangkumi rawatan gigi bongsu terimpak dan implan pergigian, pembetulan kedudukan rahang, rawatan patah tulang muka, masalah sendi rahang (TMJ), serta pembuangan sista dan ketumbuhan. Kes yang kompleks dirancang bersama pakar ortodontik, pakar ENT, pakar anestesia, pakar bedah plastik dan pakar onkologi untuk memastikan setiap aspek rawatan dikendalikan secara menyeluruh.

Rawatan

Apa yang Kami Boleh Bantu Rawat

Perkhidmatan pembedahan mulut dan maksilofasial kami merangkumi enam bidang utama. Pilih bidang yang paling berkaitan dengan keadaan anda.

Membuang gigi yang tidak dapat tumbuh dengan sempurna atau tidak dapat diselamatkan, termasuk sista yang kadangkala terbentuk di sekelilingnya.

Apa yang termasuk

  • Pembuangan gigi bongsu terimpak
  • Cabutan gigi yang sukar secara pembedahan
  • Pembuangan sista pada rahang
Mengapa Rawatan Ini Penting

Membantu mencegah jangkitan, kesesakan gigi dan masalah rahang dalam jangka panjang.

Penjagaan Pakar, Dekat dengan Anda

Rawatan Pembedahan Muka Lanjutan, Lebih Dekat dengan Anda

Dengan perancangan rawatan yang teliti menggunakan imbasan CT dan model 3D, kami mengambil kira kedua-dua aspek fungsi dan penampilan dalam setiap rawatan. PMC Alor Setar menyediakan kepakaran pembedahan muka khusus untuk pesakit di utara, membolehkan lebih ramai pesakit mendapatkan rawatan berhampiran dengan tempat tinggal tanpa perlu dirujuk ke pusat rawatan yang jauh.

Langkah yang Perlu Anda Ambil

Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah

Daripada konsultasi pertama hingga proses pemulihan — berikut ialah proses yang biasanya dilalui.

1

Konsultasi & Pengimejan

Penilaian menggunakan imbasan CT dan perancangan 3D jika diperlukan.

2

Rancang Rawatan Anda

Pilihan pembedahan akan diterangkan, termasuk pilihan anestesia atau sedasi.

3

Pembedahan

Menggunakan teknik invasif minimum apabila sesuai.

4

Pemulihan

Panduan yang jelas mengenai penjagaan luka dan penjagaan selepas pembedahan.

5

Rawatan Susulan

Pemeriksaan susulan untuk memastikan proses penyembuhan berjalan dengan baik.

Kelebihan Perkhidmatan Kami di PMCK

Perancangan Tepat

Imbasan CT dan model 3D untuk membantu memastikan pembedahan dilakukan dengan tepat.

Pasukan yang Pakar untuk Kes Anda

Kerjasama antara pakar ortodontik, ENT, onkologi dan anestesia.

Teknik Invasif Minimum Jika Sesuai

Kurang bengkak dan pemulihan yang lebih cepat.

Pilihan untuk Keselesaan

Anestesia dan sedasi yang selamat untuk prosedur yang lebih lama

Fungsi dan Penampilan

Kedua-duanya dipulihkan secara seimbang tanpa mengabaikan salah satu daripadanya.

Penjagaan Selepas Rawatan

Panduan yang jelas mengenai proses pemulihan dan pencegahan jangkitan.

Bersedia untuk Berjumpa dengan Pakar Bedah Kami?

Tempah konsultasi di Putra Medical Centre — bawa surat rujukan jika anda memilikinya. Bagi kecederaan pada muka, sila terus ke Jabatan Kecemasan & Trauma (A&E).