Langkau ke kandungan

ORTOPEDIK

Membantu Anda Bergerak Semula — tulang, sendi, otot dan tulang belakang — daripada masalah tulang patah dan kecederaan sukan hingga penggantian sendi, lengkap dengan latihan pemulihan.

Gambaran Keseluruhan

Pergerakan, Dipulihkan

Ortopedik berfokus untuk memulihkan pergerakan dan melegakan kesakitan. Tulang, sendi, dan otot adalah asas yang anda harapkan setiap hari, dan kecederaan atau sendi yang haus boleh menjejaskan kebebasan anda secara diam-diam.

Di Putra Medical Centre, kami merawat trauma, kecederaan sukan, sendi haus dan artritis, masalah tulang belakang, serta kondisi kanak-kanak — daripada rawatan tanpa pembedahan hingga pembedahan moden. Ia lebih daripada sekadar memulihkan tulang patah: kami merancang pemeliharaan sendi, pembedahan lubang kunci (keyhole), rekonstruksi, dan yang paling penting, pemulihan (fisioterapi) yang mengembalikan anda ke kehidupan normal. Pakar bedah kami bekerjasama dengan pakar bius, fisioterapi, dan pakar pengurusan kesakitan di setiap peringkat.

Rawatan

Apa yang Kami Boleh Bantu Rawat

Penjagaan ortopedik kami terbahagi kepada tujuh bidang. Pilih yang sesuai dengan situasi anda

Mengembalikan kedudukan tulang yang patah ke tempat asal, dan memastikannya kekal di situ sepanjang proses penyembuhan.

Apa yang termasuk

  • Pemakaian simen dan pembebatan (splinting)
  • Pemantapan dalaman menggunakan plat, skru, dan rod
  • Pemantapan luaran
  • Pemantauan dan pemeriksaan susulan tulang patah
Mengapa ia berbaloi

Mengembalikan jajaran tulang, mengelakkan kecacatan kekal, dan memastikan tulang sembuh dengan betul.

Pemulihan adalah sebahagian penting daripada rawatan.

Pembedahan hanyalah sebahagian daripada rawatan — pemulihan adalah sebahagian yang sama penting.

Fisioterapi dan program pemulihan selepas pembedahan (ERAS) dirancang sebagai sebahagian daripada pelan rawatan anda sejak awal, termasuk pergerakan awal dan kawalan kesakitan melalui pelbagai kaedah. Pendekatan ini membantu anda mendapatkan semula kekuatan dan kembali menjalani aktiviti harian dengan lebih cepat, bukan sekadar menjalani pembedahan dan terus dibenarkan pulang

Langkah yang Perlu Anda Ambil

Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah

Sama ada anda memerlukan pembedahan atau tidak, berikut adalah proses rawatan yang akan anda lalui

1

Konsultasi & Pengimejan

Pemeriksaan X-ray atau imbasan dilakukan untuk menilai kecederaan atau keadaan anda.

2

Pelan Rawatan Anda

Rawatan tanpa pembedahan atau pembedahan, dengan penerangan mengenai jangkaan proses pemulihan

3

Rawatan atau Pembedahan

Menggunakan teknik pembedahan dengan bukaan kecil apabila sesuai

4

Pemulihan

Physiotherapy starts early, built into your recovery.

5

Rawatan Susulan

Pemeriksaan susulan dan panduan yang jelas untuk kembali melakukan aktiviti

Kelebihan Perkhidmatan Kami di PMCK

Pemulihan menjadi sebahagian daripada rawatan sejak awal

Fisioterapi dirancang sebagai sebahagian daripada rawatan anda sejak awal, bukan hanya selepas rawatan selesai

Teknik Invasif Minimum

Kurang kesakitan, risiko jangkitan yang lebih rendah dan pemulihan yang lebih cepat.

Penjajaran sendi yang tepat untuk pembedahan penggantian sendi

Ketahanan implan yang lebih lama dan fungsi yang lebih baik

Enhanced recovery (ERAS)

Tempoh tinggal di hospital lebih singkat, kembali kepada kehidupan seperti biasa dengan lebih cepat.

Pengurusan Kesakitan melalui Pelbagai Kaedah

Keselesaan dengan kesan sampingan yang lebih rendah

Pencegahan Jangkitan yang Menyeluruh

Risiko jangkitan pada tempat pembedahan yang lebih rendah

Bersedia untuk Berjumpa dengan Pakar Kami?

Tempah temujanji konsultasi ortopedik di Putra Medical Centre atau hubungi kami, dan kami akan membantu anda mendapatkan masa temujanji yang sesuai. Jika anda mengalami patah tulang atau kecederaan yang baru berlaku, sila terus ke Jabatan Kemalangan & Kecemasan (A&E).