OFTAMOLOGI
Penjagaan mata dan penglihatan anda — termasuk rawatan katarak, pemeriksaan mata bagi pesakit diabetes, glaukoma, masalah penglihatan kanak-kanak dan banyak lagi, daripada pemeriksaan rutin hingga ke pembedahan.
Jaga penglihatan anda sejak awal
Penglihatan memainkan peranan penting dalam membantu anda menjalani kehidupan secara berdikari dan mengekalkan kualiti hidup. Banyak penyakit mata pula boleh berkembang secara senyap tanpa menunjukkan tanda-tanda awal. Di Putra Medical Centre, perkhidmatan Oftalmologi kami menyediakan rawatan untuk pelbagai masalah mata, sama ada akut atau kronik, bagi semua peringkat umur — daripada pemeriksaan rutin hingga rawatan laser dan pembedahan.
Rawatan di hospital amat penting dalam penjagaan kesihatan mata, terutamanya kerana penyakit seperti diabetes dan tekanan darah tinggi boleh menjejaskan retina dan saraf optik. Oleh itu, kami bekerjasama rapat dengan klinik diabetes, perubatan dalaman dan klinik lain untuk memastikan kesihatan mata anda diberi perhatian sebagai sebahagian daripada kesihatan keseluruhan tubuh, bukan secara berasingan.
Masalah Kesihatan yang Boleh Kami Bantu
Tidak pasti sama ada keadaan anda perlu diperiksa? Mulakan dengan berkongsi apa yang anda alami
Penglihatan Kabur atau Berkabut
Selalunya disebabkan oleh katarak dan boleh dirawat dengan berkesan
Diabetes — Lindungi Mata Anda
Pemeriksaan berkala mencegah kerosakan mata sebelum penglihatan anda terjejas.
Tekanan Mata & Glaukoma
Perkembangannya tidak menunjukkan sebarang tanda, tetapi kerosakan boleh dicegah jika dikesan awal.
Masalah Mata Malas atau Juling Kanak-Kanak
Paling berkesan dirawat sewaktu penglihatan anak anda masih dalam fasa perkembangan.
Mata merah, sakit, atau dijangkiti kuman
Masalah Kornea dan Permukaan Mata
Floaters, kilatan cahaya atau perubahan penglihatan secara tiba-tiba
Disarankan untuk mendapatkan pemeriksaan dengan segera.
Kelopak mata terkulai atau mata berair
Masalah kelopak mata dan saluran air mata
Apa yang Kami Boleh Bantu Rawat
Penjagaan mata kami merangkumi enam bidang utama. Pilih bidang yang paling sesuai dengan keadaan anda.
Menggantikan kanta mata yang keruh — biasanya dilakukan sebagai pembedahan harian, dengan penglihatan kembali pulih dalam masa yang singkat.
Apa yang termasuk
- Penilaian katarak
- Pembuangan kanta mata yang keruh
- Pemasangan kanta intraokular tiruan
- Prosedur pembedahan harian dengan tempoh tinggal yang singkat
Mengembalikan penglihatan yang jelas dan membantu anda menjalani kehidupan dengan lebih bebas, dengan pemulihan yang cepat.
Melindungi bahagian belakang mata, yang boleh mengalami kerosakan akibat diabetes tanpa disedari.
Apa yang termasuk
- Saringan retinopati diabetik
- Fotografi retina dan pengimejan beresolusi tinggi
- Rawatan laser
- Suntikan intravitreal (ke dalam mata)
- Degenerasi makula berkaitan usia
- Pemantauan retinopati hipertensi
Membantu mencegah kehilangan penglihatan kekal dalam kalangan pesakit diabetes dan mereka yang mempunyai penyakit retina.
Tekanan dalam mata yang boleh merosakkan saraf optik — biasanya tanpa sebarang tanda amaran.
Apa yang termasuk
- Pengukuran tekanan dalam mata
- Pemeriksaan saraf optik
- Pemantauan berkala dan sistematik
- Rawatan laser jika diperlukan
Glaukoma biasanya tidak menunjukkan gejala pada peringkat awal, tetapi boleh menyebabkan kehilangan penglihatan kekal. Pemantauan berkala dapat membantu mengesan dan mengawal keadaan ini sebelum penglihatan terjejas.
Masalah penglihatan lebih mudah diperbetulkan ketika penglihatan kanak-kanak masih dalam peringkat perkembangan.
Apa yang termasuk
- Amblyopia (mata malas) — rawatan tampalan mata dan cermin mata
- Juling (strabismus)
- Saringan penglihatan kanak-kanak
Melindungi perkembangan penglihatan kanak-kanak untuk jangka masa panjang.
Permukaan hadapan mata — termasuk jangkitan, ulser dan iritasi yang berterusan.
Apa yang termasuk
- Jangkitan Mata
- Ulser Kornea
- Gangguan Permukaan Mata
Merawat dan melindungi bahagian hadapan mata sebelum kerosakan menjadi kekal.
Kelopak mata yang terkulai dan mata berair boleh dirawat — dan ia bukan sekadar masalah kosmetik.
Apa yang termasuk
- Gangguan Kelopak Mata
- Masalah Salur Air Mata
- Pembedahan Rekonstruktif Kelopak Mata
Memulihkan keselesaan dan fungsi mata, serta melindungi permukaan mata.
Glaukoma dan penyakit mata akibat diabetes sering tidak menunjukkan sebarang gejala — sehingga kerosakan berlaku.
Pemeriksaan mata secara berkala dengan pengimejan retina beresolusi tinggi dapat mengesan perubahan kecil sebelum anda menyedari sebarang gejala. Pemeriksaan ini amat penting bagi pesakit diabetes atau tekanan darah tinggi, kerana perubahan pada mata sering menjadi tanda awal sesuatu masalah kesihatan.
Bagaimanakah Proses Perjalanan Anda, Lagkah demi Langkah
Berikut ialah perkara yang terlibat dalam pemeriksaan mata lengkap anda — semuanya akan diterangkan dengan jelas.
Pemeriksaan Mata Menyeluruh
Pemeriksaan penglihatan, tekanan mata dan retina.
Sebarang pengimejan yang diperlukan
Gambar retina beresolusi tinggi jika diperlukan.
Diagnosis & Pelan Rawatan
Ubat, rawatan laser, suntikan atau pembedahan.
Rawatan
Banyak prosedur, termasuk pembedahan katarak, dilakukan sebagai pembedahan sehari tanpa perlu bermalam di hospital.
Temujanji Susulan
Temu janji susulan secara berkala untuk pesakit berisiko tinggi.
Kelebihan Perkhidmatan Kami di PMCK
Penjagaan Mata Diselaraskan dengan Rawatan Diabetes Anda
Kesihatan mata diuruskan sebagai sebahagian daripada kesihatan keseluruhan tubuh.
Pengimejan Retina Berteknologi Tinggi
Mengesan perubahan sebelum gejala muncul.
Pembedahan Katarak
Tempoh tinggal yang singkat dan pemulihan penglihatan yang cepat.
Protokol Pemeriksaan Pencegahan
Susulan secara sistematik bagi pesakit berisiko tinggi.
Pemantauan Penglihatan Kanak-kanak
Pemeriksaan awal membantu mencegah masalah penglihatan sepanjang hayat.
Bersedia untuk Berjumpa dengan Pakar Kami?
Tempah janji temu pemeriksaan mata di Putra Medical Centre, atau hubungi kami dan kami akan membantu anda mencari masa yang sesuai.