Langkau ke kandungan

Disangka Resdung, Rupanya Tulang Hidung Bengkok: Pembedahan Septoturbinoplasty Beri Kelegaan Kepada Simptom

Putra Medical Centre – Seorang wanita berusia 28 tahun yang bekerja di Kuala Lumpur tidak menyangka bahawa masalah hidung tersumbat dan bersin berterusan yang dialaminya sejak bertahun-tahun bukan disebabkan oleh resdung, tetapi sebenarnya berpunca daripada tulang hidung bengkok atau deviated nasal septum.

Nadia (bukan nama sebenar) mengalami simptom serius seperti hidung tersumbat sepenuhnya, bersin tanpa henti setiap pagi, serta hidung berair yang berpanjangan. Keadaan ini menjejaskan kualiti hidupnya dan menyebabkan ketidakselesaan yang ketara dalam kehidupan seharian.

“Setiap hari, saya akan bersin sekurang-kurangnya 10 kali berturut-turut, hidung saya sentiasa tersumbat, dan sering mengalami hidung berair. Saya telah mencuba pelbagai rawatan untuk resdung, tetapi semuanya tidak berkesan,” kata Nadia.

Setelah sekian lama berusaha mendapatkan rawatan tanpa hasil, Nadia akhirnya memutuskan untuk menjalani pemeriksaan lanjut ketika pulang ke kampung halamannya di Alor Setar. Dia mendapatkan konsultasi dengan Dr. Hafiz, Pakar Telinga, Hidung & Tekak (ENT) di Putra Medical Centre, Alor Setar.

Pemeriksaan Skop Mengesahkan Punca Sebenar

Berdasarkan simptom yang dialami Nadia, Dr. Hafiz menjalankan pemeriksaan Skop (nasal endoscopy), iaitu prosedur diagnostik yang menggunakan kamera kecil untuk melihat keadaan dalam rongga hidung dan sinus.

“Hasil pemeriksaan menunjukkan pesakit ini bukan sahaja mengalami alahan, tetapi juga mempunyai masalah tulang hidung bengkok. Ini menyebabkan laluan pernafasan sempit dan mengakibatkan kesukaran bernafas, selain meningkatkan risiko jangkitan sinus yang berulang,” jelas Dr. Hafiz.

Menurut beliau, ramai pesakit menyangka mereka mengalami resdung, sedangkan punca sebenar masalah mereka adalah kelainan struktur dalam hidung, seperti tulang hidung bengkok atau pembesaran tisu dalam rongga hidung yang boleh menghalang aliran udara.

Rawatan Melalui Pembedahan FESS & Septoturbinoplasty

Bagi menangani masalah ini, Dr. Hafiz mencadangkan Nadia menjalani pembedahan sinus iaitu FESS (Functional Endoscopic Sinus Surgery) dan Septoturbinoplasty.

    • FESS ialah prosedur pembedahan endoskopik yang bertujuan untuk membuka saluran sinus yang tersumbat, sekali gus meningkatkan pernafasan dan mengurangkan risiko jangkitan sinus berulang.
    • Septoturbinoplasty adalah prosedur pembedahan yang menggabungkan septoplasty (pembetulan septum hidung yang bengkok) dan pengurangan turbinat (mengurangkan saiz turbinat yang membesar). Pembedahan ini membantu meningkatkan aliran udara melalui hidung, memudahkan pernafasan, dan meningkatkan fungsi hidung secara keseluruhan. Ia biasanya dilakukan untuk individu yang mengalami halangan hidung kronik, kesukaran bernafas, atau kesesakan hidung berterusan yang tidak memberi tindak balas kepada ubat.

Pembedahan tersebut dilakukan pada keesokan harinya dan berjalan dengan lancar di Putra Medical Centre, Alor Setar.

Perubahan Ketara Selepas Dua Bulan

Selepas dua bulan menjalani rawatan, Nadia melaporkan perubahan yang amat ketara dalam keadaannya:

  • Hidung tersumbat: 0 per 10 (tidak lagi mengalami masalah pernafasan)
  • Hidung berair & bersin: 2 per 10 (berkurangan dengan ketara)

“Saya rasa seperti seorang individu yang baru! Dulu, setiap pagi saya pasti mengalami bersin teruk dan hidung tersumbat. Sekarang, saya boleh bernafas dengan baik tanpa sebarang gangguan,” katanya dengan penuh kesyukuran.

Pengalaman Selesa Di Putra Medical Centre

Selain kejayaan pembedahan yang dijalani, Nadia turut memuji pengalaman rawatannya di Ward Putra Medical Centre.

“Jururawat di sini sangat mesra, dan keseluruhan proses rawatan berjalan dengan lancar. Katil serta kemudahan di WAD sangat selesa, menjadikan tempoh pemulihan saya lebih mudah. Urusan di Putra Medical Centre juga sangat mudah dan teratur,” katanya.

Nasihat Pakar: Kenalpasti Punca Sebelum Memilih Rawatan

Dr. Hafiz menasihati orang ramai supaya tidak mengabaikan simptom yang berpanjangan dan mendapatkan pemeriksaan lanjut bagi mengenal pasti punca sebenar masalah hidung dan sinus.

“Setiap pesakit mungkin mengalami simptom yang sama, tetapi punca sebenar mereka boleh berbeza. Oleh itu, pemeriksaan yang teliti amat penting supaya rawatan yang diberikan benar-benar berkesan,” jelasnya.

Untuk mereka yang mengalami masalah hidung tersumbat kronik, bersin berlebihan, atau hidung berair yang berterusan, Dr. Hafiz menyarankan supaya segera berjumpa pakar ENT bagi mendapatkan diagnosis dan rawatan yang tepat.

📍 Untuk maklumat lanjut atau temujanji, layari laman web Putra Medical Centre atau hubungi klinik ENT di PMC, Alor Setar.

Laman Web: www.pmck.com.my

Talian Umum: +604-730 2888

Klinik ENT Dr Hafiz: +6016-350 7211

Pr & Marketing: +6010-455 1125

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
Oktober, 2026

Kepentingan Kesihatan Mental: Kenal Pasti Bila Anda Memerlukan Sokongan

Kesihatan mental merupakan bahagian penting dalam kesejahteraan diri secara keseluruhan. Sama seperti kesihatan fizikal, kesejahteraan emosi dan psikologi kita boleh berubah sepanjang pelbagai peringkat kehidupan. Tekanan daripada pekerjaan, pembelajaran, hubungan, masalah kewangan atau perubahan besar dalam kehidupan kadangkala boleh mempengaruhi perasaan dan keupayaan kita untuk menjalani kehidupan seharian. Walaupun tekanan yang berlaku sekali-sekala merupakan perkara […]

Baca Lagi
Oktober, 2026

Rabies – Apa Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Digigit Haiwan?

Gigitan atau cakaran haiwan mungkin kelihatan seperti kecederaan ringan, namun di kawasan yang mempunyai risiko rabies, ia tidak boleh dipandang ringan. Rabies ialah penyakit virus yang menjejaskan sistem saraf pusat. Setelah gejala klinikal muncul, penyakit ini hampir sentiasa membawa maut. Walau bagaimanapun, rabies boleh dicegah sekiranya rawatan yang sewajarnya diberikan dengan segera selepas terdedah kepada […]

Baca Lagi
September, 2026

Minggu Pemakanan: Perubahan Kecil, Kesihatan Lebih Baik

Minggu Pemakanan merupakan peringatan yang baik bahawa makanan yang kita ambil memainkan peranan penting dalam kesihatan, tahap tenaga dan kesejahteraan keseluruhan. Amalan pemakanan yang sihat tidak bermakna anda perlu meninggalkan makanan kegemaran. Sebaliknya, ia melibatkan pemilihan makanan yang seimbang serta mengamalkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan. Apakah Ciri-Ciri Pemakanan Sihat? Amalkan pengambilan pelbagai jenis makanan dalam […]

Baca Lagi
September, 2026

Polifarmasi: Memahami Risiko Pengambilan Pelbagai Jenis Ubat

Polifarmasi merujuk kepada pengambilan pelbagai jenis ubat secara berterusan, lazimnya lima atau lebih ubat yang dipreskripsikan. Walaupun ubat penting dalam pengurusan pelbagai masalah kesihatan, pengambilan banyak ubat secara serentak boleh meningkatkan risiko kesan sampingan, interaksi antara ubat serta kesukaran untuk mematuhi pengambilan ubat seperti yang ditetapkan. Artikel ini menerangkan risiko polifarmasi, kepentingan semakan ubat secara berkala serta bagaimana deprescribing (pengurangan atau pemberhentian ubat secara terancang) boleh membantu mengurangkan pengambilan ubat yang tidak diperlukan dengan selamat di bawah pemantauan doktor.

Baca Lagi
September, 2026

Cuti Sekolah dan Penggunaan Skrin: Memastikan Anak Kekal Sihat dan Aktif

Cuti sekolah merupakan masa yang sesuai untuk anak-anak berehat, bermain dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Namun begitu, dengan lebih banyak masa terluang, anak-anak juga mungkin menghabiskan tempoh yang lebih lama menggunakan telefon pintar, tablet, menonton televisyen dan bermain permainan video. Ketahui bagaimana ibu bapa dapat membantu anak-anak mengamalkan keseimbangan yang sihat antara masa skrin, aktiviti fizikal, tidur, interaksi bersama keluarga dan aktiviti lain bagi menyokong kesihatan serta kesejahteraan mereka secara menyeluruh.

Baca Lagi
Julai, 2026

Hari Hepatitis Sedunia: Memahami Hepatitis dan Menyokong Kesihatan Hati

Hari Hepatitis Sedunia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hepatitis virus serta kepentingan menjaga kesihatan hati. Ramai individu yang dijangkiti hepatitis mungkin tidak mengalami sebarang gejala pada peringkat awal, menjadikan kesedaran, pencegahan dan pengesanan awal amat penting. Ketahui lebih lanjut mengenai hepatitis, salah faham yang sering berlaku, langkah-langkah praktikal untuk menjaga kesihatan hati, serta bagaimana membuat keputusan penjagaan kesihatan yang tepat dapat membantu membina komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.

Baca Lagi