Putra Medical Centre telah melaksanakan Code Blue Drill sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuhkan kesiapsiagaan hospital dalam menghadapi situasi kecemasan. Latihan simulasi ini melibatkan senario kritikal seorang ibu hamil mengalami pendarahan (bleeding) dan serangan jantung secara tiba-tiba yang memerlukan tindakan segera bagi memastikan keselamatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Sejurus Code Blue diaktifkan, pasukan perubatan yang terdiri daripada Unit Kecemasan, Pakar Obstetrik dan Ginekologi, jururawat serta staf sokongan bertindak pantas dan berkoordinasi dengan baik. Setiap peranan dilaksanakan mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan tindakan perawatan kecemasan berjalan lancar.




Walaupun berbentuk simulasi, latihan ini dilaksanakan dengan penuh kesungguhan bagi menilai tahap kesiapsiagaan, komunikasi serta kerjasama antara jabatan. Melalui Code Blue Drill ini, Putra Medical Centre terus komited dalam memperkukuhkan kualiti perkhidmatan dan memastikan keselamatan pesakit sentiasa menjadi keutamaan.
