Langkau ke kandungan

Panduan Pengambilan Ubat dengan Selamat Semasa Berpuasa

Selepas menjalani ibadah puasa selama sebulan, ada individu yang meneruskan amalan berpuasa sunat di bulan Syawal. Dalam keadaan ini, pengurusan kesihatan dan pengambilan ubat perlu diberi perhatian, terutamanya bagi mereka yang mempunyai penyakit kronik atau sedang menjalani rawatan perubatan.

Menurut Dr. Chew Chang Eek, Pakar Perunding Perubatan Dalaman di Putra Medical Centre, Alor Setar, ramai pesakitnya menghadapi cabaran yang sama dalam menyesuaikan pengambilan ubat ketika berpuasa. Beliau menekankan kepentingan mendapatkan pandangan doktor sebelum berpuasa bagi memastikan rawatan dapat diteruskan dengan selamat. Dr. Chew juga menasihatkan agar pesakit tidak menghentikan ubat atau mengubah dos secara sendiri, kerana tindakan ini boleh menjejaskan kesihatan. Dengan perancangan yang betul, jadual pengambilan ubat boleh disesuaikan agar rawatan tetap berkesan tanpa mengganggu amalan berpuasa.

Panduan Pengambilan Ubat Semasa Berpuasa

Bagi individu yang sedang menjalani rawatan perubatan, termasuk pesakit diabetes, pengurusan ubat perlu dilakukan dengan baik agar kesihatan tidak terjejas. Berikut adalah beberapa panduan penting:

  1. Penyesuaian Waktu Pengambilan Ubat – Ubat boleh diambil sewaktu makan, seperti ketika bersahur dan berbuka. Doktor akan membantu menyesuaikan jadual serta dos ubat mengikut keperluan pesakit.
  2. Pemantauan Kesihatan – Ramai pesakit menghadapi masalah ketidakseimbangan tahap gula dalam darah semasa berpuasa. Oleh itu, pemantauan berkala amat penting, terutama bagi pesakit diabetes. Jika tahap gula menjadi terlalu rendah atau tinggi, langkah sewajarnya perlu diambil bagi mengelakkan komplikasi. Sila dapatkan nasihat doctor berkenaan waktu yang sesuai untuk pemantauan tahap gula.
  3. Rujuk Pakar Perubatan – Jangan sesekali menghentikan atau mengubah dos ubat tanpa nasihat doktor. Pemeriksaan dan konsultasi dengan doktor dapat membantu memastikan rawatan berjalan lancar walaupun ketika berpuasa dan mengurangkan risiko komplikasi semasa berpuasa seperti hypoglycaemia (gula rendah) atau ketoacisdosis (gula terlampau tinggi serta darah berasid) yang boleh membahayakan nyawa.

Dengan perancangan yang betul dan pemantauan kesihatan yang rapi, individu yang ingin berpuasa sunat dapat meneruskan amalan ini tanpa menjejaskan kesihatan mereka.

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
Oktober, 2026

Kepentingan Kesihatan Mental: Kenal Pasti Bila Anda Memerlukan Sokongan

Kesihatan mental merupakan bahagian penting dalam kesejahteraan diri secara keseluruhan. Sama seperti kesihatan fizikal, kesejahteraan emosi dan psikologi kita boleh berubah sepanjang pelbagai peringkat kehidupan. Tekanan daripada pekerjaan, pembelajaran, hubungan, masalah kewangan atau perubahan besar dalam kehidupan kadangkala boleh mempengaruhi perasaan dan keupayaan kita untuk menjalani kehidupan seharian. Walaupun tekanan yang berlaku sekali-sekala merupakan perkara […]

Baca Lagi
Oktober, 2026

Rabies – Apa Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Digigit Haiwan?

Gigitan atau cakaran haiwan mungkin kelihatan seperti kecederaan ringan, namun di kawasan yang mempunyai risiko rabies, ia tidak boleh dipandang ringan. Rabies ialah penyakit virus yang menjejaskan sistem saraf pusat. Setelah gejala klinikal muncul, penyakit ini hampir sentiasa membawa maut. Walau bagaimanapun, rabies boleh dicegah sekiranya rawatan yang sewajarnya diberikan dengan segera selepas terdedah kepada […]

Baca Lagi
September, 2026

Minggu Pemakanan: Perubahan Kecil, Kesihatan Lebih Baik

Minggu Pemakanan merupakan peringatan yang baik bahawa makanan yang kita ambil memainkan peranan penting dalam kesihatan, tahap tenaga dan kesejahteraan keseluruhan. Amalan pemakanan yang sihat tidak bermakna anda perlu meninggalkan makanan kegemaran. Sebaliknya, ia melibatkan pemilihan makanan yang seimbang serta mengamalkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan. Apakah Ciri-Ciri Pemakanan Sihat? Amalkan pengambilan pelbagai jenis makanan dalam […]

Baca Lagi
September, 2026

Polifarmasi: Memahami Risiko Pengambilan Pelbagai Jenis Ubat

Polifarmasi merujuk kepada pengambilan pelbagai jenis ubat secara berterusan, lazimnya lima atau lebih ubat yang dipreskripsikan. Walaupun ubat penting dalam pengurusan pelbagai masalah kesihatan, pengambilan banyak ubat secara serentak boleh meningkatkan risiko kesan sampingan, interaksi antara ubat serta kesukaran untuk mematuhi pengambilan ubat seperti yang ditetapkan. Artikel ini menerangkan risiko polifarmasi, kepentingan semakan ubat secara berkala serta bagaimana deprescribing (pengurangan atau pemberhentian ubat secara terancang) boleh membantu mengurangkan pengambilan ubat yang tidak diperlukan dengan selamat di bawah pemantauan doktor.

Baca Lagi
September, 2026

Cuti Sekolah dan Penggunaan Skrin: Memastikan Anak Kekal Sihat dan Aktif

Cuti sekolah merupakan masa yang sesuai untuk anak-anak berehat, bermain dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Namun begitu, dengan lebih banyak masa terluang, anak-anak juga mungkin menghabiskan tempoh yang lebih lama menggunakan telefon pintar, tablet, menonton televisyen dan bermain permainan video. Ketahui bagaimana ibu bapa dapat membantu anak-anak mengamalkan keseimbangan yang sihat antara masa skrin, aktiviti fizikal, tidur, interaksi bersama keluarga dan aktiviti lain bagi menyokong kesihatan serta kesejahteraan mereka secara menyeluruh.

Baca Lagi
Julai, 2026

Hari Hepatitis Sedunia: Memahami Hepatitis dan Menyokong Kesihatan Hati

Hari Hepatitis Sedunia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hepatitis virus serta kepentingan menjaga kesihatan hati. Ramai individu yang dijangkiti hepatitis mungkin tidak mengalami sebarang gejala pada peringkat awal, menjadikan kesedaran, pencegahan dan pengesanan awal amat penting. Ketahui lebih lanjut mengenai hepatitis, salah faham yang sering berlaku, langkah-langkah praktikal untuk menjaga kesihatan hati, serta bagaimana membuat keputusan penjagaan kesihatan yang tepat dapat membantu membina komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.

Baca Lagi