Langkau ke kandungan

Penjagaan Pencegahan sebagai Penjejak Kesihatan Peribadi Anda

Pernahkah anda mendengar pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubati”? Mengubati penyakit apabila tubuh memerlukan perhatian dan rawatan perubatan adalah satu perkara, namun yang lebih baik ialah mengamalkan gaya hidup sihat yang memastikan tubuh sentiasa berada dalam keadaan terbaik. Mencapai tahap kesihatan dan kesejahteraan optimum, sama ada sebagai individu mahupun sebagai sebuah keluarga, memerlukan komitmen harian yang bermula dengan beberapa tabiat baik yang mudah diamalkan. Berikut ialah panduan ringkas untuk membantu anda memulakannya.

Rahsia kepada kesihatan peribadi terletak pada tiga aspek utama: pencegahan penyakit, pengesanan awal, dan kesejahteraan menyeluruh.

SEJAUH MANA KESEJAHTERAAN TUBUH ANDA?

Bilakah kali terakhir anda menjalani ujian rutin tekanan darah, glukosa, atau kolesterol di hospital bagi memantau tahap kesihatan tubuh anda? Bagi rakyat Malaysia secara purata, kemungkinan besar sudah agak lama sejak kali terakhir pemeriksaan dilakukan. Walaupun statistik menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa, secara umumnya, masih ramai yang tidak memberi keutamaan kepada penjagaan kesihatan pencegahan. Kebanyakan orang hanya mendapatkan rawatan apabila timbul masalah kesihatan. Hal ini bukan kerana mereka tidak mengambil berat, tetapi lebih kepada kurangnya kesedaran tentang kepentingan penjagaan kesihatan secara berkala.

Literasi Kesihatan dan Penjagaan Pencegahan

Jadi, apakah yang dimaksudkan dengan penjagaan kesihatan pencegahan? Ia merupakan tanggungjawab peribadi seseorang untuk menjadualkan ujian kesihatan, menghadiri pemeriksaan berkala, menerima panduan kesihatan, serta mendapatkan vaksinasi bagi mencapai tiga matlamat penting. Matlamat tersebut ialah: (a) mencegah penyakit, (b) mengesan masalah kesihatan pada peringkat awal, dan (c) memupuk kesejahteraan menyeluruh. Penilaian kesihatan asas ini disesuaikan mengikut faktor individu seperti umur, jantina, dan risiko kesihatan. Seiring dengan peningkatan usia dan perubahan keperluan kesihatan, pemeriksaan berkala yang berterusan membantu menjejak perjalanan kesihatan anda secara menyeluruh.

Pengesanan Awal dan Tindakan Tepat Menyelamatkan Nyawa

Langkah berjaga-jaga seperti ujian mamogram dan kolonoskopi amat penting dalam mengesan kehadiran mutasi berpotensi berbahaya atau pertumbuhan tidak normal dalam tubuh badan. Sama ada pertumbuhan tersebut bersifat benign (bukan kanser) atau malignan (kanser), pengesanan awal terhadap sista atau ketumbuhan membolehkan tindakan perubatan proaktif diambil dengan segera. Intervensi yang dilakukan tepat pada masanya membantu mengurangkan risiko komplikasi serius dan meningkatkan peluang untuk pulih sepenuhnya. Sebaliknya, penyakit yang dikesan pada peringkat lewat adalah lebih sukar untuk dirawat dengan berkesan.

Pemakanan tinggi gula dan makanan terproses perlu dielakkan. Amalkan gaya hidup aktif dengan mengekalkan rutin senaman yang seimbang.

Gaya Hidup: Kebersihan, Pemakanan dan Senaman

Walaupun ujian kesihatan berkala termasuk penjagaan pergigian, dapat menunjukkan keadaan sebenar tubuh anda, penjagaan harian adalah faktor penting yang menentukan keputusan ujian tersebut. Kekalkan kebersihan diri dengan mengamalkan tabiat kebersihan dan sanitasi yang baik seperti mandi, memberus gigi dua kali sehari, menggunakan ubat kumur tanpa alkohol, menggunakan benang gigi, dan membasuh tangan dengan kerap. Dari segi pemakanan, pengambilan nutrisi seimbang melalui hidangan yang berkhasiat serta sekurang-kurangnya tiga liter air sehari amat digalakkan. Elakkan diet tinggi gula dan makanan terproses. Kekal aktif dengan mengekalkan tahap kecergasan melalui rutin senaman yang konsisten.

Mengekalkan Tenaga dan Mengurangkan Risiko Penyakit

Adalah perkara biasa untuk mengalami selesema atau batuk (penyakit berjangkit). Namun begitu, sistem imun yang kuat merupakan penanda aras yang baik terhadap tahap kesihatan seseorang serta keupayaan tubuh untuk melindungi diri daripada patogen dan melawan jangkitan dengan berkesan. Vitamin dan mineral yang diserap oleh tubuh membantu mengukuhkan sistem pertahanan badan. Pada masa yang sama, protein berperanan penting sebagai sumber tenaga dan kekuatan otot. Pengambilan air yang mencukupi pula membantu dalam proses hidrasi dan penyahtoksinan tubuh. Sementara itu, pergerakan fizikal seperti bersenam membantu melancarkan peredaran darah serta mengekalkan tahap kecergasan keseluruhan.

PMC: MEMBERI ANDA DORONGAN KESIHATAN               

Bawalah sebarang persoalan dan kebimbangan kesihatan anda ke Putra Medical Centre. Jika pemakanan merupakan cabaran utama anda, berjumpalah dengan pakar diet untuk mendapatkan panduan pemakanan yang seimbang. Dapatkan khidmat nasihat daripada pakar perubatan sukan bagi mengetahui rejim kecergasan yang sesuai untuk anda. Sekiranya daya tahan badan anda lemah, berundinglah dengan pegawai perubatan. Untuk bimbingan berhenti merokok, dapatkan sokongan daripada kaunselor kami. Di Putra Medical Centre, kami mempunyai pasukan profesional kesihatan terlatih yang terdiri daripada doktor, jururawat, kaunselor dan lain-lain bagi memenuhi setiap keperluan kesihatan anda. Sama ada berkaitan pengurusan berat badan atau peningkatan kualiti tidur, hubungilah kami untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
Oktober, 2026

Kepentingan Kesihatan Mental: Kenal Pasti Bila Anda Memerlukan Sokongan

Kesihatan mental merupakan bahagian penting dalam kesejahteraan diri secara keseluruhan. Sama seperti kesihatan fizikal, kesejahteraan emosi dan psikologi kita boleh berubah sepanjang pelbagai peringkat kehidupan. Tekanan daripada pekerjaan, pembelajaran, hubungan, masalah kewangan atau perubahan besar dalam kehidupan kadangkala boleh mempengaruhi perasaan dan keupayaan kita untuk menjalani kehidupan seharian. Walaupun tekanan yang berlaku sekali-sekala merupakan perkara […]

Baca Lagi
Oktober, 2026

Rabies – Apa Yang Perlu Anda Lakukan Selepas Digigit Haiwan?

Gigitan atau cakaran haiwan mungkin kelihatan seperti kecederaan ringan, namun di kawasan yang mempunyai risiko rabies, ia tidak boleh dipandang ringan. Rabies ialah penyakit virus yang menjejaskan sistem saraf pusat. Setelah gejala klinikal muncul, penyakit ini hampir sentiasa membawa maut. Walau bagaimanapun, rabies boleh dicegah sekiranya rawatan yang sewajarnya diberikan dengan segera selepas terdedah kepada […]

Baca Lagi
September, 2026

Minggu Pemakanan: Perubahan Kecil, Kesihatan Lebih Baik

Minggu Pemakanan merupakan peringatan yang baik bahawa makanan yang kita ambil memainkan peranan penting dalam kesihatan, tahap tenaga dan kesejahteraan keseluruhan. Amalan pemakanan yang sihat tidak bermakna anda perlu meninggalkan makanan kegemaran. Sebaliknya, ia melibatkan pemilihan makanan yang seimbang serta mengamalkan kesederhanaan dalam pengambilan makanan. Apakah Ciri-Ciri Pemakanan Sihat? Amalkan pengambilan pelbagai jenis makanan dalam […]

Baca Lagi
September, 2026

Polifarmasi: Memahami Risiko Pengambilan Pelbagai Jenis Ubat

Polifarmasi merujuk kepada pengambilan pelbagai jenis ubat secara berterusan, lazimnya lima atau lebih ubat yang dipreskripsikan. Walaupun ubat penting dalam pengurusan pelbagai masalah kesihatan, pengambilan banyak ubat secara serentak boleh meningkatkan risiko kesan sampingan, interaksi antara ubat serta kesukaran untuk mematuhi pengambilan ubat seperti yang ditetapkan. Artikel ini menerangkan risiko polifarmasi, kepentingan semakan ubat secara berkala serta bagaimana deprescribing (pengurangan atau pemberhentian ubat secara terancang) boleh membantu mengurangkan pengambilan ubat yang tidak diperlukan dengan selamat di bawah pemantauan doktor.

Baca Lagi
September, 2026

Cuti Sekolah dan Penggunaan Skrin: Memastikan Anak Kekal Sihat dan Aktif

Cuti sekolah merupakan masa yang sesuai untuk anak-anak berehat, bermain dan meluangkan masa berkualiti bersama keluarga. Namun begitu, dengan lebih banyak masa terluang, anak-anak juga mungkin menghabiskan tempoh yang lebih lama menggunakan telefon pintar, tablet, menonton televisyen dan bermain permainan video. Ketahui bagaimana ibu bapa dapat membantu anak-anak mengamalkan keseimbangan yang sihat antara masa skrin, aktiviti fizikal, tidur, interaksi bersama keluarga dan aktiviti lain bagi menyokong kesihatan serta kesejahteraan mereka secara menyeluruh.

Baca Lagi
Julai, 2026

Hari Hepatitis Sedunia: Memahami Hepatitis dan Menyokong Kesihatan Hati

Hari Hepatitis Sedunia bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hepatitis virus serta kepentingan menjaga kesihatan hati. Ramai individu yang dijangkiti hepatitis mungkin tidak mengalami sebarang gejala pada peringkat awal, menjadikan kesedaran, pencegahan dan pengesanan awal amat penting. Ketahui lebih lanjut mengenai hepatitis, salah faham yang sering berlaku, langkah-langkah praktikal untuk menjaga kesihatan hati, serta bagaimana membuat keputusan penjagaan kesihatan yang tepat dapat membantu membina komuniti yang lebih sihat dan sejahtera.

Baca Lagi