Langkau ke kandungan

Majlis Ihya’ Ramadan PMC – DYTM Raja Puan Muda Kedah

Majlis Ihya’ Ramadan PMC Diserikan Dengan Keberangkatan DYTM Raja Puan Muda Kedah

Program Majlis Ihya’ Ramadan Putra Medical Centre (PMC) telah berlangsung dalam suasana penuh keberkatan dan keharmonian, menghimpunkan warga PMC serta tetamu jemputan dalam semangat kebersamaan sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff, yang berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis. Tuanku turut beramah mesra bersama para hadirin serta menyempurnakan penyampaian sumbangan kepada anak-anak yatim yang diraikan. Kehadiran Tuanku amat bermakna dan menambahkan seri kepada penganjuran majlis yang penuh keberkatan ini.

Antara rumah kebajikan yang dijemput ialah Rumah Anak Yatim Amal Solehah, Kebajikan Anak Yatim dan Miskin Al-Munirah serta Pertubuhan Jagaan Kasih Anak Yatim dan Anak Asnaf, yang menerima sumbangan sebagai tanda keprihatinan PMC terhadap golongan yang memerlukan.

Majlis ini turut dihadiri oleh barisan pengurusan PMC bersama para doktor pakar, pengurus serta ketua-ketua jabatan yang memberikan sokongan terhadap penganjuran program yang penuh kemuliaan ini.

Semoga penganjuran Majlis Ihya’ Ramadan ini membawa keberkatan serta terus mengeratkan hubungan silaturahim antara warga PMC dan masyarakat.

Loading

Teruskan Membaca

Lagi daripada pakar penjagaan kesihatan kami.

Lihat semua
Oktober, 2026

Kempen Menderma Darah | Alor Setar Mall

Putra Medical Centre merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Jemaah Dato’ Dato’ Negeri Kedah atas kerjasama dan sokongan dalam menjayakan Kempen Menderma Darah yang berlangsung di Alor Setar Mall. Inisiatif ini mencerminkan komitmen bersama dalam menyokong usaha kemasyarakatan serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pendermaan darah dalam membantu memenuhi keperluan bekalan darah bagi mereka yang […]

Baca Lagi
Oktober, 2026

Kejohanan Bola Tampar (Tertutup) B20 Kedah 2026

Putra Medical Centre berbesar hati dapat turut menjayakan dan memberikan sokongan kepada Kejohanan Bola Tampar (Tertutup) B20 Kedah 2026 sebagai sebahagian daripada komitmen kami dalam menyokong pembangunan sukan serta kesejahteraan komuniti, khususnya dalam kalangan generasi muda. Sepanjang kejohanan berlangsung, Putra Medical Centre turut menyediakan saringan kesihatan percuma serta pasukan perubatan di lokasi bagi memberikan bantuan […]

Baca Lagi
September, 2026

Program Hari Tanpa Kenderaan Alor Setar

Suasana sekitar bandar raya Alor Setar menjadi lebih meriah apabila lebih 1,000 peserta menyertai Isuzu Cycle for Health Edisi Ke-16, yang berlangsung bersempena Alor Setar Car Free Saturday Edisi September 2026. Acara kayuhan sejauh 60 kilometer ini menghimpunkan peserta dari seluruh Malaysia, termasuk penyertaan antarabangsa dari Satun, Thailand, dalam meraikan aktiviti sihat dan gaya hidup […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Lalita 9999 Group Supply

Sempena Bulan Kemerdekaan, Lalita 9999 Group Supply telah menjalin kerjasama bersama Putra Medical Centre Alor Setar dalam melaksanakan inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) sebagai tanda keprihatinan terhadap para pesakit di hospital. Inisiatif ini merupakan satu usaha murni dalam menyantuni pesakit serta memberikan sokongan dan perhatian kepada mereka sepanjang menjalani rawatan. Program ini turut mencerminkan semangat […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Latihan Basic Life Support (BLS)

Dalam keadaan kecemasan, beberapa minit pertama amat penting. Justeru, Putra Medical Centre terus memperkukuhkan kesiapsiagaan kakitangan melalui Latihan Basic Life Support (BLS) yang dijalankan secara bulanan, di samping turut melaksanakan ACS Stop the Bleeding Programs. Daripada kemahiran CPR, bantuan kecemasan hingga teknik mengawal pendarahan, latihan ini membantu memastikan setiap anggota pasukan mempunyai pengetahuan, keyakinan dan […]

Baca Lagi
Ogos, 2026

Proton Lee Motors Alor Setar

Sempena Merdeka Fiesta & Test Drive di Proton Lee Motors Alor Setar pada 22 Ogos yang lalu, Putra Medical Centre Alor Setar turut bersama memeriahkan acara menerusi inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR). Dalam suasana penuh kemeriahan dan semangat patriotik, kami mengambil kesempatan untuk mendekati komuniti serta berkongsi kesedaran tentang kepentingan menjaga kesihatan. Bagi kami, semangat […]

Baca Lagi